Khamis, 2 November 2017

Misai Zul Ariffin Buat Aaisyah Enggan Diciumnya! Aaisyah Geli Katanya…

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Misai Zul Ariffin Buat Aaisyah Enggan Diciumnya! Aaisyah Geli Katanya…

GELAGAT comel anak kepada selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ikaitu Aaisyah Dhia Rana sentiasa memikat hati pengikutnya.
Terbaru video Aaisyah menolak untuk berlakon di samping Zul Ariffin kerana takut dicium pelakon tersebut yang mempunyai misai.
“Ala nak pergi school (sekolah). Tak nak berlakon dengan Zul Ariffin. Takut. Dia kiss (cium) Aaisyah, ada misai,” kata Aaisyah.
Video yang dikongsikan di laman Instagramnya telah mendapat lebih 645,000 tontonan dan sebanyak 1,594 komen.
Tidak habis di situ, dia dikejutkan dengan kehadiran pelakon drama Titian Cinta itu pada malam sambutan hari lahirnya yang diadakan pada Isnin lalu.
Menerusi video yang dimuat naik, Aaisyah kelihatan malu dan kaku apabila Zul ingin berborak dengannya.
Rata-rata yang meninggalkan komen di video tersebut terhibur dengan gelagat Aaisyah yang kini berusia tiga tahun.
“Aisyah terkesima. Belakang-belakang berani ya. Sekali uncle Zul duduk depan mata terus terkedu,” kata pengikut bernama Zahrafly.
“Jumpa hero idaman Ecah tak boleh nak ‘kluaq sora’ (keluar suara). Hihihi comel lah Ecah,” tulis Noornoh.
Akaun Instagram milik Aaisyah kini mempunyai lebih 769,000 pengikut yang boleh melihat aktiviti harian si kecil itu.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: