Isnin, 10 April 2017

Semuanya Tebalik Di Upside Down House Kuching

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Semuanya Tebalik Di Upside Down House Kuching |MELANGKAH masuk ke dalam Upside Down House Kuching, terasa diri umpama berada dalam dunia asing apabila perabot dan kelengkapan rumah terletak di siling dalam keadaan terbalik.


Bukan itu sahaja, malah semua sudut di rumah berkenaan seperti ruang bacaan, tempat makan, dapur, tandas, bilik tidur dan pejabat, semuanya dalam kedudukan terbalik.

Upside Down House Kuching yang merupakan rumah terbalik pertama di Sarawak kini menjadi tarikan pelancongan terbaharu di negeri itu yang turut terkenal dengan ekopelancongan kerana memiliki keindahan alam semula jadi, selain kaya dengan kebudayaan pelbagai kaum.

Menurut pengasas syarikat Antares Management, Brendan Kon, idea pembinaan Upside Down House Kuching itu diperoleh hasil daripada pengalamannya melancong di dalam dan luar negara yang ada menawarkan tempat tarikan rumah terbalik.
“Saya harap Upside Down House Kuching akan memberi satu pengalaman baharu yang pasti meninggalkan kenangan indah kepada pengunjung tempatan dan pelancong luar.
“Rumah terbalik ini sesuai dikunjungi semua peringkat usia termasuk seisi keluarga,” katanya ketika ditemui S2 semasa pelancaran Upside Down House Kuching baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Brendan berkata, pengunjung perlu menggunakan kreativiti masing-masing bagi mendapatkan gambar menarik untuk dirakamkan sebagai kenangan.

Beliau berkata, hal ini kerana pihaknya tidak menyediakan sebarang panduan tentang cara mengambil gambar kerana mendapati adalah lebih unik dan istimewa jika pengunjung sendiri merakamkan detik kenangan itu menggunakan kreativiti masing-masing.
Paling penting, katanya, pengunjung perlu menterbalikkan gambar 180 darjah bagi menghasilkan kesan seperti berada dalam keadaan terbalik di dalam sebuah rumah.

Brendan yang membuat sendiri reka bentuk dalaman Upside Down House Kuching memberitahu, idea membina rumah unik itu dizahirkan pada November tahun lalu dan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.

“Pembinaan tempat ini memakan kos yang tinggi. Malah cara untuk menyiapkannya juga berbeza berbanding dengan hiasan dalaman rumah biasa.

“Saya harap pengunjung gembira berada di Upside Down House Kuching kerana senyuman dan gelak tawa mereka selepas menimba pengalaman baharu di sini, memberikan kepuasan yang tidak ternilai dan berharga buat saya,” ujarnya.

Brendan memberitahu, pihaknya akan melaksanakan pembangunan fasa kedua untuk rumah terbalik ini dengan menambah seni ilusi optikal yang pasti akan memberi keunikan dalam tempoh lima bulan lagi.

Kemasukan ke Upside Down House Kuching dihadkan maksimum 30 orang dalam satu masa bagi memberi ruang kepada pengunjung mengambil gambar dengan baik.
Rumah terbalik ini dibuka setiap hari mulai pukul 9.30 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad (9.30 pagi hingga 7 malam).
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Upside Down House Kuching, orang ramai boleh melayari laman Facebook,

 www.facebook.com/pg/upsidedownhousekuching.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: