Selasa, 11 April 2017

JOJO Penyu Manja Di Pulau Redang

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
JOJO Penyu Manja Di Pulau Redang (8 Foto ):

                 
Foto Ehsan Azim Syamin Che Ismail.


Berenang bertemankan penyu bernama  “JOJO” di sekitar persisir Pulau Redang jadi kenangan manis, pasti sukar dilupakan pelancong dalam dan luar negara yang bercuti ke pulau itu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.


Pemandu pelancong  Mutiara Redang,  Azim Syamin Che Ismail,23,katanya, spesis marin ini sukar ditemui sekarang naik ke Pantai-Pantai  sekitar Terengganu, tetapi pelancong boleh lihat ,  pegang dan bermain dengan penyu di pulau ini.

Kawanan penyu jenis agar ataupun dikenali sebagai penyu hijau akan naik ke  Pantai sekitar Pulau , untuk bertelur pada musimnya antara April sehingga September.



                    


“JOJO”   yang telah ditanda pada badanya bernombor 2291 sangat jinak dan mudah didekati , kekadang kita boleh lihat lima atau enam ekor berenang bersamanya di dalam air.



“ Pelancong boleh berenang bersama penyu di pantai teluk dalam dan pantai pasir panjang yang merupakan kawasan pendaratan penyu bertelur.



“ Ada masa penyu ini pernah datang sebanyak 20 ekor apabila ada bot nelayan berlabuh membersihkan pukat dan membuang sisa ikan ke dalam air yang menjadi makanan kepada hidupan marin ini, katanya kepada wartawan Terengganu Times.



                         


Selain dari itu, Azim Syamin berkata, penyu pernah naik bertelur di persisir Pantai Redang Mutiara tahun lepas dan dijaga oleh tenaga pengajar memyelam sehingga menetas dan dibiarkan anak-anak penyu itu kembali kelaut.

“ Sempana Visit Beautiful Terengganu 2017,  Pelancong  hanya dikenakan bayaran RM35 sehingga RM40 untuk pergi kewasan penyu ini dari Mutiara Redang.

Orang ramai yang ingin merasai suasana ini , boleh berhubung terus dengan Azim Syamin di talian 011-11134077 ( REDANG MUTIARA).

Foto Ehsan Azim Syamin Che Ismail.

                               
Pemandu pelancong Mutiara Redang, Azim Syamin Che Ismail

                                           
Foto Ehsan Azim Syamin Che Ismail.



                    




                                   



               


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: