loading...
Loading...
Bagi yang pertama kali akan ke London, sedikit perkongsian tip ini mungkin dapat membantu anda untuk merancang perjalanan ke London dengan bajet yang minima :
1. Guna Oystercard lebih jimat, boleh naik tube dan bas tanpa had.
Anda juga boleh buat pre order di laman web Oystercard, boleh hantar ke seluruh dunia, best kan, belum sampai London lagi dah ada kad Oyster. Dapat ambil feel dulu sebelum sampai.
2. Tambang percuma utuk kanak-kanak
Kanak-kanak umur bawah 11 tahun tak perlu beli Oyster Card jika travel dengan orang dewasa, boleh naik percuma.
3. Makanan halal
Nak cari makanan halal murah boleh pergi ke London Central Mosques, dalam dewan makan masjid ada jual makanan halal, harganya sangat berpatutan.
4. Jimat di dewan makan Harrods
Salah satu cara lagi nak jimat duit makan, boleh pergi ke dewan makan Harrods 30 minit sebelum tutup, anda boleh beli makanan dengan harga runtuh. Kebanyakkan kedai makanan akan membuat jualan penghabisan Beli 1 Percuma 1.
5. Melawat muzium-muzium di London secara percuma
Di London terdapat lebih dari 20 buah muzium tanpa dikenakan bayaran tiket masuk. Antara muzium best yang percuma ialah:
The British museum, Natural History & Sceince museum, Maritime museum, Imperial War museum, Horniman museum, Museum of London, Transport museum dan banyak lagi. Mengapa bayar lebih, yang percuma kan ada! Haha.
6. Free walking tour
Anda juga boleh join London free walking tour, hanya perlu beri donation seikhlas hati, boleh semak jadual dalam laman web freelondonwalkingtours.com.
7. Air minuman
Air paip di London dikategorikan sangat bersih, jadi anda boleh minum air paip. Dapat jimat duit beli air mineral. Satu pound jimat banyak tu!
8. Lokasi menarik lain yang percuma
Nak naik London Eye mahal, tak dapatlah nak tengok pemandangan kota London, aduh! Sedihnya. Jangan gusar, ada pilihan lain lagi, anda boleh ke Parliament Hill ataupun Primrose Hill.
Dari situ anda boleh lihat pemandangan kota London, walaupun pemandangannya tidak secantik berbanding London Eye, tapi kira oklah kan, sebab ianya percuma. Tak perlu bayar tiket pun.
9. Sky Garden, lokasi lihat London yag menarik
Selain dari dua tempat di atas, anda juga boleh lihat pemandangan kota London dari Sky Garden, sangat cantik, tapi anda perlu tempah awal tiket untuk naik ke atas. Yang seronoknya ianya adalah percuma! Boleh semak laman web ini untuk tempah tiket skygarden.london/booking.
10. Waktu sesuai travel bagi yang ingin berjimat
Untuk jimat kos, elakkan travel pada musim perayaan krismas, awal tahun baru dan cuti sekolah pada musim panas, kerana kos travel pada waktu tersebut tersangat mahal. Pertengahan September hingga awal Oktober, Mac hingga April antara waktu terbaik dan murah untuk datang ke London.
11. Sewa kereta dan parking
Sewa kereta pandu sendiri juga mungkin bukan pilihan terbaik untuk tour kota London, kerana kadar bayaran parking sangat tinggi dan trafik juga sangat sibuk.
12. Lesen memandu
Untuk memandu di London tidak disyaratkan lesen memandu antarabangsa, anda boleh guna lesen memandu Malaysia saja. Tetapi hanya terhad untuk tempoh setahun sahaja.
13. 4 ikonik London
Mungkin anda hanya punya waktu yang singkat di London, walaupun hanya sekejap, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan empat ikonik penting kota London iaitu : pondok telefon merah, teksi hitam, Big Ben dan Istana Westminster.
14. Bas Hop On Hop Off
Untuk lebih mudah dan jimat masa, boleh beli tiket bas Hop-on Hop-off, anda boleh lihat ke hampir semua tempat-tempat utama di London.
15. Cukai VAT
Di London mereka mengenakan cukai VAT (Value added tax) pada setiap barang yang dijual, kebiasaannya harga yang tertera sudah termasuk sekali cukai VAT.
16. Kecemasan
Jika berlaku kecemasan dail 999 (polis/ambulan).
17. Travel insurance
Jangan abaikan travel insuran, laburkan sedikit wang, tak mahal pun, bawah RM100 saja harganya, ianya sangat penting jika berlaku kes kecemasan.
18. Beli tiket online dan datang awal ke lokasi hot
Jika anda merancang untuk melawat tempat-tempat popular seperti Madame Tussauds dan London Eye, datang awal dan beli tiket secara online untuk elak dari beratur panjang.
19. Pengangkutan awam
Pengangkutan awam keretapi bawah tanah di London dipanggil Underground atau Tube.
20. Hujan
Sediakan payung kecil dalam beg galas anda, tak kira musim apapun anda datang London, dalam masa satu minggu paling kurang mesti akan ada satu hari hujan.
21. Ramalan cuaca
Sentiasa semak ramalan cuaca, kerana cuaca di London sentiasa berubah. Hari ini panas suhu cecah 38 celsius, esoknya pula mendung, hujan dan sejuk suhu bawah 20 darjah celsius.
22. Lokasi membeli belah
Jika anda suka membeli belah, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke tiga pasar utama ini di London : Camden Lock Market, Brick Lane London Market dan Portobello road market London.
Di sini anda boleh membeli pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah. Barang antik dan barang terpakai semua ada jual.
23. Waktu sesuai ke Oxford Street
Mahu membeli belah dengan selesa di Oxford Street? Elakkan berkunjung pada hari sabtu dan ahad. Pergi pada hari biasa, kerana pada hari biasa tidak terlalu ramai orang.
24. Tempoh minima di London
Untuk lebih kepuasan, luangkan masa sekurang-kurangnya 5 hari untuk travel di London.
25. Peluang masuk ke Buckingham Palace
Mungkin ada yang tak perasan, sebenarnya kita boleh masuk ke dalam Buckingham Palace, pada setiap tahun kebiasaannya Buckingham Palace akan dibuka untuk pelawat mulai akhir bulan Julai hingga awal bulan Oktober. Boleh semak harga tiket dan jadual di internet.
26. Lokasi menarik lain
Jika anda ada masa lebih, boleh rancang trip balik hari dari kota London, antara tempat menarik yang boleh anda pergi seperti Stonehenge, Windsor, Costwolds, Leeds Castle dan Downtown Abbey.
Leeds Castle
27. Penginapan
Dan yang terakhir ialah tempat tinggal, di London terdapat pelbagai pilihan jenis penginapan, amat digalakkan untuk tempah bilik awal sebelum tiba di London, saya selalu menggunakan aplikasi dan laman web hotelscombined untuk semak harga dan tempah penginapan di London dan ke mana saja saya travel.
Seronok guna aplikasi ini, boleh banding harga dari pelbagai laman web hotel. Untuk dapatkan deals yang terbaik, boleh download melalui pautan ini : https://www.hotelscombined.my
Semoga bermanfaat.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan