loading...
Loading...
Hotel Divorce Untuk Yang Ingin Bercerai
YORK, Britain – Sebuah hotel perceraian pertama di Britain menyediakan perkhidmatan kepada pasangan suami isteri untuk bercerai secara aman dengan bayaran £10,000 (RM56,500).
Hotel Divorce itu membenarkan pasangan meluahkan pandangan mereka secara aman tanpa perlu membayar kos peguam yang mahal.
Pasangan suami isteri akan hadir dan tinggal di bilik berasingan, namun berjanji untuk menyelesaikan pertikaian mereka dan bercerai dalam tempoh dua hari sebelum berpisah secara rasmi tiga bulan kemudian.
AGENSI - HOTEL penceraian di York, Britain ini menyediakan bilik dengan katil kelamin untuk pasangan suami isteri sebelum mereka bercerai. |
Pengasasnya, David Leckie berkata, idea mewujudkan hotel tersebut diperoleh apabila sepasang suami isteri bercerai di sebuah hotel di sini bulan lalu.
“Cara ini benar-benar baik untuk mereka yang mahu bercerai secara cekap, berkesan dan tanpa pertengkaran,” katanya.
Sejumlah 15 pasangan telah memohon untuk bercerai melalui perkhidmatan di hotel tersebut.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan