Selasa, 18 April 2017

Pokok Hujan Hujan Buat Taiping Terasa Romantik

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Pokok Hujan Hujan Buat Taiping Terasa Romantik:



Taiping sememangnya sebuah bandar yang terkenal dengan suasananya yang tenang dan memberikan rasa romantik bagi mereka yang mengunjungi bandar bersejarah itu.

Suasananya yang berbeza dengan bandar besar yang lain, keadaan di Taiping lebih santai dan tidak hairanlah ramai yang memilih untuk menetap di Taiping apabila sudah pencen.


Selain daripada cerita-cerita sejarahnya, Taiping turut terkenal dengan taman tasiknya yang besar dan dipenuhi dengan pokok-pokok yang merimbun dan membuatkan suasana di situ terasa sejuk dan mendamaikan.

Bagi pengetahuan anda, pokok-pokok yang berada di taman tasik Taiping adalah dikenali sebagai pokok hujan-hujan dan mula ditanam di Tanah Melayu sejak tahun 1876.

Di sekitar taman tasik Taiping sahaja mempunyai 97 pokok yang ditanam mengelilingi taman tasik itu dan lokasi ini sering dijadikan lokasi untuk para pengantin baharu merakamkan gambar kenangan mereka.

Pegawai Perancangan dan Pembangunan Bandar MPT, Syahrulnizam Baharom ketika ditemui Harian Metro memberitahu, pihaknya sentiasa mengambil langkah yang terbaik untuk menjaga spesis pokok hujan-hujan supaya ia terus kekal sebagai ciri-ciri landskap bandar Taiping.

Kehadiran pokok hujan-hujan ini memberikan kehijauan yang lebih kepada taman tasik Taiping dan tidak menghairankan mengapa ramai orang memilih untuk menghabiskan masa hujung minggu di kawasan rekreasi tersebut.

Kewujudan Zoo Taiping dan pintu masuk ke Bukit Larut juga menjadikan orang ramai berkunjung ke taman tasik Taiping pada waktu cuti hujung minggu dan ketika cuti-cuti umum.

Dianggarkan pokok hujan-hujan yang ada di sekitar bandar Taiping dan taman tasiknya berumur 135 tahun dan sehingga kini ia kekal kukuh dan menjadi tarikan untuk pengunjung luar.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: