loading...
Loading...
Buaian Cantik Ala Lombok Di Pantai Batu Burok
KUALA TERENGGANU – Buaian ala Lombok terus curi tumpuan pengunjung di pantai Batu Burok. Dengan struktur binaan hanya menggunakan batang nibong, kayu cengal dan juga tali. Malah ia juga tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja kerana turut selamat untuk orang dewasa.
Kebanyakan pengunjung termasuk dari luar Terengganu teruja mahu singgah ke lokasi itu semata-mata mahu mencuba dan mengabdikan kenangan kerana pastinya menggamit memori zaman kanak-kanak dahulu.
Kemudahan di pusat rekreasi itu mula menjadi tular di media sosial, malah ia juga akan turut dibina di beberapa pantai lagi termasuk Pantai Teluk Ketapang dalam masa terdekat.
Usaha itu, diambil selepas melihat kemudahan sama, di pantai Batu Burok menjadi tarikan ramai sejak dibina awal Januari lalu
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan buaian bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan tarikan pengunjung sekali gus mampu mempromosi pusat riadah itu secara percuma.
Katanya, kos yang digunakan hanyalah RM200 bagi menyediakan tali buaian berikutan bahan binaan yang lain seperti batang nibong dan kayu cengal diperoleh daripada penduduk kampung.
“MBKT mengambil pendekatan membina buaian ini, selepas melihat konsep sama yang diguna pakai di Pusat Peranginan Lombok, Indonesia mendapat sambutan pelancong dari pelbagai negara. Bilangan buai akan ditambah termasuk buaian dalam air,” katanya.
Ini pula buaian yang terdapoat di Lombok,Indonesia
Seorang pengunjung, Norain Mohd Noor, 28, berkata, pertama kali melihat ada buaian seperti ini di pantai itu di laman sosial dia terus mengajak ahli keluarga berkunjung ke pantai tersebut.
“Buaian untuk kanak-kanak perkara biasa, tetapi buaian untuk orang dewasa di tempat awam itu satu yang baharu. Malah kita boleh berbuai di tepi pantai tanpa rasa segan,” katanya.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan