Khamis, 2 Ogos 2018

Tak Cukup Tanah Untuk Pengebumian,Keranda Di Rampas

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tak Cukup Tanah Untuk Pengebumian,Keranda Di Rampas

Beijing: Pihak berkuasa di wilayah Jiangxi, tenggara China merampas dan memusnahkan keranda dari rumah penduduk selepas mengharamkan upacara pengebumian dengan alasan untuk menjimatkan tanah.
Sejak diperkenalkan kira-kira enam bulan lalu, pihak berkuasa melancarkan kempen membasmi upacara pengebumian termasuk merampas dan memusnahkan keranda yang dibeli penduduk sebagai persediaan apabila meninggal dunia kelak.
Hanya pembakaran mayat dibenarkan oleh kerajaan dalam langkah untuk menjimatkan tanah dan sumber alam.
Tindakan berkenaan mencetuskan kemarahan kerana kebanyakan penduduk miskin di wilayah itu menabung puluhan tahun semata-mata untuk membeli keranda bagi pengebumian mereka sendiri.




Menyimpan keranda di rumah juga tradisi penduduk di wilayah itu yang dianggap membawa tuah kepada pemiliknya.
Dalam beberapa gambar dan video yang tular di media sosial di China, kelihatan pegawai kerajaan memasuki kampung di Ganzhou, Jian dan Yichun sebelum menggunakan paksaan membawa keluar keranda dari rumah penduduk.
Anggota polis juga dilihat mengheret beberapa penduduk termasuk wanita tua yang bebaring di dalam keranda bagi mengelak ia dirampas.
Ratusan keranda kemudian dikumpulkan di satu tempat dan jentolak digunakan untuk memusnahkannya.
Sejak mengharamkan pengebumian mayat, pihak berkuasa juga melarang penduduk memiliki dan membuat keranda.
Kerajaan juga mengarahkan penduduk menyerahkan keranda milik mereka secara sukarela dan menawarkan pampasan sebanyak 2,000 yuan (RM1,190) untuk setiap unit yang diserahkan.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: