Rabu, 8 Ogos 2018

Najib melangkah yakin, tenang dan senyuman manis.Bak Pahlawan Bugis

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Najib melangkah yakin, tenang dan senyuman manis.Bak Pahlawan Bugis

KUALA LUMPUR – Buat kali kedua, Datuk Seri Najib Razak muncul di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala di sini hari ini bagi menghadapi tiga lagi pertuduhan baharu berkaitan pengubahan wang haram.

Namun kali ini, sosok tubuh bekas Perdana Menteri ini menonjolkan gaya penampilan yang mencuri perhatian pada pukul 8.50 pagi.

Muncul dengan sepasang sut kelabu, bekas Presiden UMNO itu melangkah keluar di Tingkat 2 dengan penuh keyakinan.

Raut wajahnya kelihatan tenang dan terukir senyuman manis tanpa riak kebimbangan.
Ketika namanya dipanggil jurugambar, Ahli Parlimen Pekan itu ‘sporting’ sambil
melambai kepada pihak media.

Beliau terus melangkah laju seolah-olah hadir merasmikan program yang kebiasaannya dilakukan ketika menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Sesyen bagi tiga lagi pertuduhan baharu di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 08 OGOS 2018.


Turut mengiringi Najib, anak perempuan beliau Nooryana Najwa dan suami Daniyar Kessikbayev. Bagaimanapun isteri bekas perdana menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor tidak kelihatan.

Sementara itu, proses pendaftaran media untuk para wartawan, jurugambar serta juruvideo yang membuat liputan kes pendakwaan kali kedua itu agak ketat berbanding sebelum ini.

Pihak polis sudah mengawal dan menyaring pengamal media dengan membuat pemeriksaan ke atas kad media yang sah di laluan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebelum membenarkan mereka berada lobi.

Di lobi pula, pengamal media dikehendaki beratur dan dibahagikan kepada dua barisan, iaitu mereka yang membuat liputan prosiding dalam mahkamah dan yang membuat liputan video secara langsung (live) di bilik yang disediakan.

Masing-masing pengamal media diberikan pas yang berbeza iaitu pas merah jambu sebanyak 21 keping untuk mereka yang membuat liputan di dalam mahkamah dan pas kuning sebanyak 50 keping bagi liputan secara langsung

Antara puluhan pengamal media yang hadir untuk membuat liputan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2018
.Berikutan itu, ramai tidak berpuas hati terutama jurugambar yang tidak dapat naik ke tingkat dua yang menempatkan Mahkamah Sesyen kerana kehabisan pas khas itu.

di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: