Rabu, 22 Ogos 2018

Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Datang Bulan & Hilang Emak Di Mekah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Datang Bulan & Hilang Emak Di Mekah:




Nampaknya, ramai selebriti di Malaysia tidak dapat melupakan kenangan manis mereka ketika mengerjakan meskipun sudah bertahun-tahun dilalui.

Dipetik dari Utusan Online, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat berkongsi pengaman pahitnya semasa berada di Baitullah tidak lama dahulu.

Hilang Emak

Hal ini berlaku sewaktu Siti dan rombongan berziarah di luar Kota Mekah pada hari Jumaat. Ketika mereka kembali ke Mekah, jemaah telah memenuhi dataran untuk menunggu solat jumaat.





Ini memaksa Siti dan rombongan bergegas berjalan di dalam kesesakan orang ramai untuk ke masjid. Tanpa diduga dalam kesesakan itu, ibunya hilang dari pandangan dan disangkakan ibunya bersama abangnya Ayie

Suasana ini membuatkan Siti cemas dan menyuruh suaminya, Datuk Khalid dan Ayie mencari ibunya sehingga terpaksa memanjat tembok agar dapat melihat ibunya dalam kesesakan orang ramai.

                         
Foto: Berita Harian

“Ketika itu, kami memang sangat panik mengenangkan emak seorang diri. Saya menangis dan risau. Kami balik ke hotel dan buat laporan ke Tabung Haji sambil menunggu dan tak putus-putus berdoa.”- katanya dalam Utusan
Setelah hampir setengah hari ibu tidak dijumpai, akhirnya berjaya ditemui dengan jemaah Malaysia yang lain. Tanpa disangka, sebenarnya ibunya terlupa memakai tag nama yang wajib dipakai oleh jemaah haji Malaysia sebelum keluar ziarah.

Datang Bulan

Selain hilang ibu, ada sesuatu hal yang tidak dapat dilupakan semasa menjelang hari wukuf. Secara tiba-tiba Siti datang bulan dan sepatutnya dia tidak datang pada tarikh tersebut. Difahamkan Siti juga telah mengambil suntikan bagi mengelakkan hal ini terjadi sewaktu dia di Mekah.

Foto: utusan

Walaupun bimbang dengan perkara yang tak diduga ini, ustaz dan ustazah Tabung Haji menasihatinya supaya berzikir tanpa henti dan berdoa agar dipermudah segala-galanya.

“Alhamdulillah, diri saya bersih sebelum hari wukuf dan dapat menunaikan haji dengan sempurna. Syukur, walaupun ada jutaan manusia, urusan ibadah sepanjang berada di sana dipermudah.” ujarnya.
Originale Einfassung:


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: