loading...
Loading...
Anak Nampak Lembaga Tak Diundang Mengikut Dato Fizz Fairuz Selepas Pulang Dari Pengambaran Munafik 2
PELAKON Datuk Fizz Fairuz berkongsi kisah misteri apabila ada ‘benda’ mengikutnya pulang ke rumah ketika menjalani penggambaran filem Munafik 2.
Fizz, 39, atau Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata ‘benda’ itu dapat dilihat anak sulungnya, Nur Afrina Arina, 3.
“Kebanyakan babak membabitkan saya di lokasi seram seperti kawasan sungai bakau dan gua. Jadi, setiap kali pulang ke rumah ‘benda’ ini mengikut.
“Ia tidak mengganggu cuma mengikut saja. Malah, ketika di rumah anak sulung melihat kelibat ‘benda’ ini di ‘sliding door’ dan bertanya kepada saya ‘benda’ apakah itu. Memang terkejut saya dibuatnya,” katanya kepada Harian Metro.
Fizz berkata, pengalaman dilalui itu adalah realiti tidak diketahui semua orang termasuk Syamsul.
“Saya tidak pernah bercerita mengenai perkara ini. Sebab saya anggap ‘benda’ itu hanya ingin menumpang. Saya bersyukur tidak ada perkara misteri lain berlaku.
“Lagi pula, ketika menjalani penggambaran Munafik yang pertama, tidak berlaku perkara sebegini. Segalanya dipermudahkan. Bagi saya, perkara sebegini wujud kerana faktor lokasi,” katanya.
Selain Fizz, Munafik 2 turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Maya Karin, Syamsul Yusof, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.
Filem arahan Syamsul dan terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air malam ini serentak di Singapura dan Brunei. Sementara tayangan di Indonesia bermula pada 26 September ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan