Ahad, 8 Julai 2018

Tip dan Trik Fesyen Untuk Gadis Bertubuh Genit Tampak Lebih Tinggi

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tip dan Trik Fesyen Untuk Gadis Bertubuh Genit Tampak Lebih Tinggi

Ramai wanita Asia sebenarnya bertubuh genit. Biarpun ramai lelaki yang lebih sukakan wanita bersaiz begini, namun hakikatnya mereka idamkan tubuh yang tinggi lampai.

Buat wanita yang mengidamkan ketinggian bak supermodel Victoria’s Secret, senaraikan tip dan trik berfesyen untuk tampil lebih tinggi dari biasa.

1. Pakai Kasut Tumit Tinggi
Salah satu tip fesyen yang paling mudah untuk buat anda tampak tinggi adalah dengan menyarung sepatu tumit tinggi. Cukup dengan dua atau tiga inci tambahan sudah mampu membuatkan postur tubuh tampil lebih tinggi dari biasa.

2. Celana High-Waisted
Tip fesyen yang paling terbaik untuk wanita bertubuh genit kelihatan tinggi ialah memakai celana jenis high waisted. Cuba gayakan bersama blaus atau baju-t. Pastinya tubuh anda akan tampak lebih cantik menawan.

3. Pilih Ceraian Monokrom
Kenakan ceraian fesyen berona monokrom. Ia sedikit sebanyak membantu untuk membuatkan tubuh anda tampak tinggi. Jika terlalu banyak penggunaan rona pada outfit, ia sebenarnya akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah.

4. Ceraian Mengikut Bentuk Tubuh
Gayakan ceraian fesyen yang lebih terletak pada tubuh untuk mencipta ilusi tinggi. Dengan cara ini ia memfokuskan pada bentuk tubuh anda dengan lebih terperinci sekaligus buat diri tampak tinggi.

5. Pilih Skinny Jeans
Hakikatnya tidak semua orang sukakan seluar skinny jeans. Ia mungkin boleh membuatkan diri kita kurang selesa. Namun, jika anda sedang mencari seluar yang paling sesuai untuk buatkan penampilan yang lebih tinggi, pilih skinny jeans.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: