Rabu, 4 Julai 2018

"Alhamdulillah Daddy Sudah Pulang Ke Rumah, Kiki Juga Rindukan Daddy!” Mohd Ashman..

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
"Alhamdulillah Daddy Sudah Pulang Ke Rumah, Kiki Juga Rindukan Daddy!” Mohd Ashman..

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tenang dan tidak terganggu meskipun berdepan pendakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Menerusi satu gambar yang dimuat naik anak lelakinya, Mohd Ashman, di Instagram hari ini, Najib kelihatan tersenyum dan ceria sambil bermain dengan kucing kesayangan bekas Presiden UMNO itu, Kiki.


Gambar yang dimuat naik di Instagram Mohd Ashman itu turut disertakan dengan ucapan penghargaan kepada orang ramai yang memberikan kata-kata sokongan kepada bapanya di saat sukar ketika ini.

"Alhamdulillah anda sudah pulang ke rumah bersama keluarga daddy. Kiki juga rindukan kamu!

"Ucapan terima kasih juga kepada anda semua untuk kata-kata sokongan. Doa dan sokongan anda membantu kami untuk terus bergerak ke depan," katanya yang turut disertai tanda pagar #najibrazak dan #prayfornajib.

Najib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd.


Tuduhan pecah amanah ke atas Najib adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan salah guna kedudukan pula mengikut mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama membawa hukuman maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dan dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

Najib ditangkap oleh SPRM di rumahnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam, dan bermalam dalam lokap.

Beliau kemudian dibebaskan dan pulang ke rumahnya selepas anaknya menyerahkan separuh daripada wang ikat jamin RM1 juta, petang tadi.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: