Jumaat, 13 Julai 2018

Senangnya Memey Bersalin,Nama Cantik...Maksudnya Pun Elok!

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Senangnya Memey Bersalin,Nama Cantik...Maksudnya Pun Elok!



Sehari selepas menjengah dunia, Norman Hakim dan Memey Suhaiza akhirnya menunjukkan wajah anak perempuan.

Memilih nama Mikayla Delisha Hakim untuk kelahiran puteri kali ini, Norman mengharapkan si kecilnya dapat membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah rahmat Allah.



Norman juga turut berkongsikan maksud nama anaknya iaitu

MIKAYLA; Pemberian Allah

DELISHA; Gembira dan Membuat Orang lain Gembira

HAKIM; Arif Bijaksana

Keterujaan ini juga bukan setakat pada Norman sahaja tetapi Memey juga turut berkongsi momen kegembiraannya.

Inilah anak bertuah yang selama ni dalam perut. Hari-hari ligat, macam-macam excercise dia buat. Tapi semalam dah ada depan mata mummy.Tak boleh tidur mummy malam tadi sebab excited sangat rasanya. Seronok sangat bau baby.

Alhamdulillah anak baik, mengandung senang, melahirkan pun senang. Sakit tu tetap sakit. Terima kasih anak.




Mengandung Senang, Bersalin Mudah

Menerusi instagram Memey sebelum dia melahirkan Mikayla, dia ada berkongsikan rasa sakit main-main pada sebelah pagi dan tak sangka akan bersalin 12 Julai.





Memandangkan tarikh jangkaan bersalinnya awal Ogos, memang tak disangka langsung. Namun bila sampai di hospital, rupanya dah 5 cm.

Rasa macam tak percaya sebab tak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia bakal bersalin awal, tapi semua itu kehendakNya.

Baby Tunggu Abang Danish Balik

Menerusi instagram anak sulung Norman Hakim, Danish Hakim dia juga ada berkongsi perasaan gembiranya dengan kehadiran adik perempuan baru dalam keluarga.





Baby girl baby girl..thank you tau sebab ‘tunggu’ Abang balik dari jauh dulu baru ‘keluar’.

Seronok tengok kegembiraan ahli keluarga Norman yang masing-masing begitu sayang menyayangi antara satu sama lain. Semoga ukhwah ini kekal selamanya.

Kredit: ig Norman Hakim, Memey Suhaiza & Danish Hakim

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: