Rabu, 4 Julai 2018

Pengasuh Simpan Mayat Adam Dalam Peti Sejuk, Siap Promote Servis Beberapa Jam Selepas Kejadian  

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Pengasuh Disyaki Simpan Mayat Adam Dalam Peti Sejuk, Siap Promote Servis Beberapa Jam Selepas Kejadian  :



“Apa salah Adam Rayqal sampai sanggup buat macam tu sekali. Tak ada sikap perikemanusian hingga sanggup bunuh dan letak dalam peti sejuk”.

Ini antara luahan dari orang ramai selepas bayi berusia 5 bulan ditemui dalam keadaan menyayat hati dirumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves malam tadi susulan bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi memberitahu di facebook berita kehilangan Adam petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.



Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya

Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

“Mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.


Lepas Beberapa Jam Bunuh, Promote Servis Jaga Budak Lagi

Apa yang menimbulkan kemarahan netizen, pengasuh yang disyaki bunuh Adam Rayqal itu boleh lagi promote servisnya untuk mengasuh anak dalam group pengasuh. Seolah-olah tiada rasa bersalah langsung.

Rata-rata netizen berharap pengasuh ini dapat di bawa ke muka pengadilan. Ramai yang berpendapat, pengasuh yang betul-betul mahu menjaga anak kena ada sifat keibuan, lebih-lebih lagi bayi.





Kalau tiada pengalaman, tak ada sifat keibuan, kasih sayang dan kesabaran lebih baik jangan mengasuh dari awal walaupun kerja ini nampak macam mudah.

Setakat nak dapatkan wang setiap bulan tapi bukan dengan niat ikhlas akan berlaku pengabaian dan anak kecil jadi mangsa.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: