Rabu, 4 Julai 2018

Inilah Beg Yang Berisi Mayat Adik Adam Yang Di Sumbat Kedalam Peti Sejuk Oleh Pengasuhnya

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Inilah Beg Yang Berisi Mayat Adik Adam Yang Di Sumbat Kedalam Peti Sejuk Oleh Pengasuhnya

GOMBAK: Bayi lelaki berusia tiga bulan yang didakwa dilarikan individu tidak dikenali pada Selasa dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves.

Mayat Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di kediaman itu kira-kira jam 11 malam tadi, lapor Berita Harian.

Menurut laporan yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad, mayat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

"Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

"Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," kata Ali.

Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun manakala mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Mayat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin itu disumbat dalam beg berwarna hijau. -Facebook SuFie Naeif

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: