Sabtu, 21 Januari 2017

Terkini!! Tawaran Latihan Percuma KPM kepada Guru ke Jepun Dengan Elaun Bulanan RM 5,500

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Terkini!! Tawaran Latihan Percuma KPM kepada Guru ke Jepundengan Elaun Bulanan RM 5,500 



Assalamualaikum para guru. Jom tengok ni! 

KPM sekarang buka tawaran PERCUMA untuk para guru buat latihan perguruan diJEPUN!!! 

Tawaran ini adalah terbaru iaitu Januari 2017.

Ada sesiapa ingin mencuba nasib tak? Best tu dapat pergi ke Jepun. Percuma lagi.
Admin sendiri pernah melawat negara ni. Memang suasana negara ini adalah pada pada tahap negara IDEAL untuk didiami.


Kalau ada pengalaman tinggal di sana bagi tempoh maksimum 2 tahun best kan?

Sekarang ada tawaran biasiswa untuk Latihan Perguruan secara Percuma. Semuanya ditanggung KPM. Apa lagi, tak rugi kan untuk mencubanya.

Okey, jom tengok apa skim latihan yang ditawarkan itu.

TAWARAN : MONBUKAGAKUSHO (Latihan Perguruan di Jepun)

Objektif           : Untuk mengendalikan penyelidikan tentang Pendidikan Sekolah - Sekolah di Jepun

Penempatan   : Universiti di Jepun

Permohonan   : Sehingga 27 Januari 2017

Tempoh           : Maksimum 2 tahun
                          Oktober 2017 - Mac 2019

Elaun               : 143,000 Yen Sebulan = RM 5,550 Sebulan
                          Maksimum sehingga 146,000 Yen bergantung pada lokasi

Pengangkutan : Tiket Penerbangan ditanggung. Pengangkutan dalam Jepun tidak ditanggung oleh elaun dari Kerajaan Jepun. Tapi mungkin boleh dirunding dengan KPM.

Penempatan    : Disediakan di dalam Universiti yang ditawarkan nanti

Status              : Status Visa Bujang, Boleh bawa keluarga dengan tanggungan sendiri

* Sekiranya ingin membawa keluarga, pastikan datang bersendirian dahulu untuk kenal tempat dan segala fasiliti awam kemudian boleh bawa keluarga sendiri

Status semasa latihan : Dalam Cuti Belajar. Gaji bulanan guru adalah seperti biasa bagi pendapatan pokok.

Segera Dapatkan Surat Tawaran dan Syarat Permohonan


Pegawai yang berminat boleh klik maklumat terperinci di bawah link ini. 



Muat turun surat tawaran versi jelas dari MOE mengikut pautan di bawah 


Syarat syarat Cuti Belajar ke Jepun :

i.     berkhidmat secara tetap
ii.    disahkan perkhidamatan 
iii.   pegawai kumpulan pengurusan dan profesional
iv.   berumur 35 tahun kebawah pada April 2017
v.    penguasaan bahasa inggeris yang baik
vi.   telah mengisytiharkan harta
vii.  mencapai markah LNPT purata minimum 85% bagi genap tiga tahun terkini
viii.  Bersih dari pertuduhan/ tindakan tatatertib.
ix.   tidak tersenarai hitam oleh JPA
x.    tiada mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakang atau kursus jangka panjang dalam tempoh dua tahun kebelekangan

xi.   pegawai yang memiliki kemahiran bertutur bahasa jepun digalakkan memohon.

Makluman am :

Segala prosedur sekiranya terpilih untuk mengikuti program latihan ke jepun adalah prosedur biasa bagi mendapatkan visa 'training' ke jepun.

Ianya meliputi aspek pemeriksaan kesihatan, sijil pengesahan pekerjaan, surat dari jabatan kementerian ataupun 'offer letter latihan perguruan ke jepun', gambar passport dan lain lain lagi.


Untuk bulan pertama, pastikan kita membawa duit tunai sendiri bagi saraan bulan pertama kerana elaun akan dimasukkan pada setiap penghujung bulan.

sumber:myguru
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: