loading...
Loading...
Sekiranya Air Laut Di Lautan Atlantik Kering ,Begini Keadaan Titanic Di Dasarnya
Setelah berabad lama ia berada di dalam ruangan gelap Lautan Atlantik, kini dengan kelebihan teknologi pemetaan dasar laut yang digabungkan dengan teknik terkini grafik komputer, sebuah pasukan khas mampu menggambarkan keadaan bangkai kapal yang bersemadi di dasar laut.
Teori Saintifik:
Misteri bagaimana RMS Titanic boleh tenggelam, bagaimanapun telah dijelaskan dalam sebuah lagi dokumentari terbitan History Channel bertajuk Titanic 100 Mystery Solved. Berikut pula adalah snapshot daripada dokumentari terbitan Discovery Channel bertajuk Drain The Titanic yang memaparkan gambaran - bagaimana sekiranya Lautan Atlantik berjaya dikeringkan dan keadaan Titanic yang berada di dasarnya.
Drain The Titanic
sumber:macjay.blogspot.com
Bayangkan sekiranya air laut di Lautan Atlantik mampu dikeringkan, bagaimanakah dengan segala misteri yang menyelebungi lautan paling mengerikan di dunia itu?
Bagaimanakah keadaan bangkai Titanic yang kini bersemadi di dasar lautan Atlantik? Pernahkah anda cuba membayangkannya?
Artikel kali ini akan membawa anda meninjau lokasi kemalangan kapal persiaran mewah, Titanic yang begitu ikonik di seantero dunia. Are you ready to go back to Titanic?
Setelah berabad lama ia berada di dalam ruangan gelap Lautan Atlantik, kini dengan kelebihan teknologi pemetaan dasar laut yang digabungkan dengan teknik terkini grafik komputer, sebuah pasukan khas mampu menggambarkan keadaan bangkai kapal yang bersemadi di dasar laut.
Penenggelaman RMS Titanic berlaku pada malam hari 14 April 1912 hingga pagi 15 April 1912 di Utara Lautan Atlantik, setelah melakukan pelayaran sulungnya selama empat hari dari Southampton ke New York. Pelbagai teori telah diketengahkan, tentang mengapa dan bagaimana ia boleh tenggelam. Dari teori saintifik hinggalah yang bersifat 'ghaib' atau 'spiritual'.
Teori Saintifik:
1. Dikatakan bahawa kapal ini dibina dengan bahan yang lemah. (Namun, selepas seratus tahun teori ini telah disahkan oleh para pengkaji sebagai - salah)
2. Kapten kapal dikatakan bertindak mengekalkan kelajuan kapal meskipun menerima amaran.
3. Banyak lagi teori yang diketengahkan. (Sila rujuk dokumentari bertajuk Titanic 100 Mystery Solved. klik disini)
3. Banyak lagi teori yang diketengahkan. (Sila rujuk dokumentari bertajuk Titanic 100 Mystery Solved. klik disini)
Teori Ghaib atau Spiritual:
1. Titanic dikatakan menjadi mangsa sumpahan mumia firaun yang dikatakan turut sama dibawa ketika pelayaran bersejarah ini. (Para pengkaji berjaya membuktikan bahawa teori ini hanya rekaan seorang penulis yang diragui - salah)
2. Titanic dikatakan tenggelam setelah ada yang mengatakan bahawa Tuhan juga tidak mampu menenggelamkannya. (Dakwaan ini tidak dapat dipastikan benar - tidak diketahui)
Misteri bagaimana RMS Titanic boleh tenggelam, bagaimanapun telah dijelaskan dalam sebuah lagi dokumentari terbitan History Channel bertajuk Titanic 100 Mystery Solved. Berikut pula adalah snapshot daripada dokumentari terbitan Discovery Channel bertajuk Drain The Titanic yang memaparkan gambaran - bagaimana sekiranya Lautan Atlantik berjaya dikeringkan dan keadaan Titanic yang berada di dasarnya.
Hebat bukan?. Kehebatan teknologi pemetaan dasar laut yang digunakan dalam ekspedisi ini secara tidak langsung membuatkan penulis terfikir, bagaimana objek sebesar pesawat Boeing 777 yang dihebahkan berakhir di Lautan Hindi masih tidak dapat dikesan hingga ke hari ini. Mengarut!
Dokumentari Drain the Titanic boleh di tonton dibawah:
sumber:macjay.blogspot.com
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan