Ahad, 23 April 2017

Bermodalkan RM440, Pengembara Ini Menjana Pendapatan £1.5 juta Hasil Menulis Blog

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Bermodalkan RM440, Pengembara Ini Menjana Pendapatan £1.5 juta Hasil Menulis Blog:



Screen%2BShot%2B2017-04-23%2Bat%2B5.26.3


Seorang pengembara dari Ireland berjaya menjadi jutawan hanya dengan menulis blog sambil mengembara ke seluruh dunia. 

Johnny Ward, 33, berterima kasih kepada pengiklan pertama di blognya kerana telah menaiktaraf dirinya daripada seorang pengembara beg galas kepada tuan punya syarikat media yang bekerja sambil mengelilingi dunia.

Johnny dibesarkan dalam keluarga susah namun Johnny sentiasa memasang angan-angan untuk mengembara dan menjadi kaya.





Screen%2BShot%2B2017-04-23%2Bat%2B5.32.1

Johnny seterusnya berhijrah ke Australia dan bekerja di Sydney menggunakan visa bekerja sambil melancong.

Ketika itu, Johnny baru sahaja memulakan laman blognya, One Step 4 Ward dengan mengupah seorang pereka dari Filipina sebanyak £100. 

Selang kemudian, Johnny menjadi bosan bekerja dalam suasana pejabat dan memutuskan untuk berhenti dan memenuhi impiannya sebagai pengembara dan blogger sepenuh masa.


Pada bulan pertama, Johnny cuma memperolehi USD85 sahaja dan dalam masa 6 bulan sahaja tapi jumlah itu meningkat menjadi USD500 sebulan. Hari demi hari, blog Johnny menjadi semakin dikenali dan para pengiklan suka untuk melabur pada blog Johnny.


Hasil keuntungan daripada blognya, Johnny melabur dengan membeli lebih banyak laman web. Kini, Johnny sudah memiliki lebih daripada 100 laman web dan mengasaskan sebuah syarikat media digital bernama Step 4 Ward Media yang menjana keuntungan USD50,000 sebulan.
Johnny telah menjadi sumber inspirasi ramai orang di seluruh dunia dan banyak membantu blogger yang baru berjinak-jinak untuk menjadi seperti dirinya.

 Selain empayar media digitalnya, Johnny juga telah menubuhkan badan kebajikan menerusi Give Back Give Away dan membina laman web berasaskan pendidikan secara percuma di Hong Kong.
Rujukan:
1. Forbes
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: