Khamis, 13 Julai 2017

KAMPUNG CANTIK DI ITALI AKAN BAYAR RM9030 JIKA ANDA MENETAP DI SINI

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
KAMPUNG CANTIK DI ITALI AKAN BAYAR RM9030 JIKA ANDA MENETAP DI SINI

Kalau anda jenis berangan seperti dalam filem Eat, Pray, Love dan nak berpindah ke Itali, ini mungkin masa yang terbaik. 

Datuk bandar pekan kecil di sini menawar bayar sesiapa sahaja bagi menetap di sini, dengan harapan supaya pekan kecil Bormida yang menawan ini tidak menjadi pekan hantu.


Pekan kecil yang cantik dan tidak tercemar Menurut Datuk bandar Bormida, Daniele Galliano perkampungan kecil di kaki gunung Liguria dengan hanya 394 penduduk, baru-baru ini
mengumumkan tawaran RM9030 jika membeli rumah atau menyewa disini malah diberi insentif menyewa pada kadar rendah; RM232 sebulan.

Sebagai perbandingan, ini ialah 1/20 berbanding kos sewaan katil di apartment Lembah Silikon.

Bangunan dikelilingi pokok di kaki gunung

Tawaran ini dibuka mulai tahun depan bagi mengelakkan kampung ini menjadi pekan hantu terbiar. Ini kerana ramai penghuni asal ke bandar besar bagi mencari pekerjaan yang lebih baik.

Pemilik empat restoran disini berkata” tiada apa yang boleh dilakukan di sini, namun kehidupan di sini sangat ringkas dan natural. Ada hutan, kambing, dan banyak makanan yang hebat. Udara sangat bersih, cuaca yang dingin dan aman”


Jika pekerjaan anda membenarkan anda bekerja dari mana sahaja, maka ini tempat ideal bagi anda.

Perkampungan ini hanya sejam pemanduan dari bandar pantai Savona, jadi tiada masalah untuk anda bergembira di pantai. Malah kenyataan terbaru, Itali merupakan negara paling sihat di dunia.
Mungkin anda boleh cuba?
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: