Rabu, 19 Julai 2017

Tragedi Tangga Bradley Di Kelantan

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tragedi Tangga Bradley Di Kelantan
Kisah dan maklumat Tangga Bradley boleh dibaca di sebelah tangga.
    TANGGA Bradley atau juga dikenali sebagai Tangga Krai dipercayai berusia 90 tahun begitu tersohor dalam kalangan masyarakat Kelantan, khususnya anak jati Kuala Krai.

    Tangga Krai merupakan struktur yang dibina untuk menyukat paras air sungai Kelantan yang mempunyai 88 anak tangga dan berketinggian 31 meter dari aras sungai.
    Tangga ini dipercayai dibina pada tahun 1927 dan siap pada 1929.

    Nama Bradley diambil sempena nama ketua pentadbiran jajahan ketika itu, Gerald Bradley yang mentadbir daerah ini dari tahun 1927 hingga 1955. Kegunaan utama Tangga Bradley ialah sebagai jeti penghubung bagi penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Lebir, Sungai Dabong, Sungai Pergau untuk pasarkan hasil pertanian di sekitar bandar Kuala Krai.
    Suatu ketika dahulu, jeti ini turut digunakan untuk laluan ke Kampung Kubur Datu di Kuala Balah, Jeli.

    Tempat tersohor namun kebersihan terabai


    Kemudahan tong sampah tidak disediakan.
    Persekitaran Tangga Bradley bagaimanpun dilihat tidak terjaga, sampah terdapat di merata tempat sepanjang anak tangga dari jeti hingga ke kawasan parkir, sekali gus mencemar ikon Kuala Krai itu sendiri.

    Kemudahan tong sampah juga tidak kelihatan di sekitar kawasan ini.
    Sumber Majlis Daerah Kuala Krai berkata, pihaknya akan menyediakan tong sampah untuk kemudahan orang ramai membuang sampah.

    Menurutnya, Tangga Bradley telah mengalami beberapa perubahan dan penambah baikkan sejak dibina 90 tahun lalu.

    “Contohnya anak tangga suatu ketika dahulu dibuat atas tanah semata-mata, kemudian disimen dan terbaru diletakkan ‘mozek’ menyebabkannya kelihatan lebih menarik.
    “Pada bahagian tepi anak tangga juga telah ditanam pokok-pokok,” katanya.

    Katanya, pihak berkuasa tempatan akan melihat kepentingan serta keperluan jeti itu dari semasa ke semasa untuk penambahbaikkan.

    Tenggelam ketika banjir 2014


    Fungsi Tangga Krai masih kekal dan pada bahagian tepi Tangga Bradley terdapat tempat menyukat paras air.
    Biarpun dipercayai telah berusia 90 tahun, namun peranan Tangga Bradley yang terletak hanya beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai ini kepada masyarakat setempat masih sama seperti mana ketika awal pembinaannya.

    Setiap hari jeti di Tangga Bradley sentiasa dikunjungi orang ramai terutama penduduk di pedalaman seperti Bahagia, Mambong, Johol, Sungai Rimau, Pichong, Bunga Raya, Raba dan Keluat seramai kira-kura 3,000 orang.

    Penduduk Kampung Bahagia, Kampung Mambong, Pasir Kelang, Ladang Tako dan sekitarnya menggunakan jeti ini untuk memasarkan hasil pertanian, memasarkan barang berasaskan tanah liat serta membeli barang keperluan di bandar Kuala Krai atau bandar-bandar lain.

    Ketika musim tengkujuh, jeti ini juga masih digunakan sebagai tempat untuk menyukat paras banjir.

    Sekiranya paras air meningkat pada paras bahaya di Tangga Bradley, ia tidak dapat digunakan sebagai jeti untuk kegunaan harian penduduk malah ketika ini mereka yang mendiami kawasan rendah telah mengetahui apa tindakan yang perlu diambil berdasarkan paras air di sini.

    Walaupun tangga ini begitu tinggi namun banjir Disember 2014 menjadi sejarah apabila bukan sahaja Tangga Bradley yang tenggelam, malah tingkat bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai turut tenggelam.

    sumber:Sinar Harian
    loading...

    SHARE THIS
    Loading...

    Author:

    seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

    Loading...

    0 ulasan: