loading...
Loading...
Begini Tradisi Raya Enam Di Terengganu
KUALA TERENGGANU 2 Julai – Sambutan 'raya enam' pada 8 Syawal hari ini masih menjadi amalan kalangan masyarakat negeri ini dan di beberapa negeri lain.
Tradisi bagi meraikan mereka yang selesai mengerjakan puasa enam hari berturut-turut mulai 2 Syawal terutama di kalangan ibu bapa atau keluarga bagaikan penutup sambutan Aidilfitri.
Sambutan ini juga seakan memotivasikan mereka untuk memulakan puasa pada hari kedua ketika masih berada dalam suasana 'mood' puasa selepas sehari menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun, dengan peredaran masa dan banyaknya rumah terbuka untuk dikunjungi, tradisi ini makin terhakis, apatah lagi mereka boleh melakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal.
Amalan kunjung-mengunjung diteruskan dan selain menyediakan sajian hidangan kepada tetamu termasuk ketupat dan rendang, turut menjadi alternatif untuk ahli keluarga berkumpul setelah tidak dapat berbuat demikian pada hari-hari awal bulan Syawal.
Justeru, ada yang memilih tarikh itu untuk mengadakan majlis rumah terbuka di sana sini.
Di negeri ini, terdapat sedikit kelainannya apabila ramai yang bersama keluarga kembali menziarah tanah perkuburan sebagaimana pada hari raya pertama, malah jumlahnya lebih ketara.
-UTUSAN ONLINE
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan