Rabu, 25 November 2015

Rumah Lama Tahun 60an Di Pulau Pinang Ini Dihias Gaya Minimalis Tanpa Menjejaskan Keunikannya

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Peminat dekorasi rumah pasti sukakan hiasan dalaman rumah lama tahun 60-an ini. Ia disusun indah dengan konsep minimalis dankontemporari tanpa menjejaskan elemen aura rumah lama. Rumah ini berada hanya 600 meter dari Gurney Drive dan Gurney Plaza di George Town, Pulau Pinang.


Binaan rumah satu tingkat ini bersaiz 904 kaki persegi. Jadi, saya anggarkan rumah ini lebar 25 kaki dan panjang 30 kaki untuk bahagian ruang tamu, ruang makan, dapur dan 3 bilik tidur. Selebihnya sekitar 150 kaki persegi untuk 2 buah bilik air berserta 2 set sinki di tepinya.


Rumah ini dikelilingi laman yang luas dan tempat letak kereta di hadapan rumah pula boleh memuatkan sehingga 3 buah kereta di dalam satu masa.
Percayalah anda pasti jatuh suka dengan gaya hiasan dan pelan rumah ini.

Ruang Tamu










Dapur




Bilik Air



Bilik Tidur



Halaman Rumah







Dari hasil pemerhatian saya pada gambar-gambar ini, saya dapati kebanyakan barang-barang di dalam rumah ini dibeli dari IKEA.

Sekiranya anda mahu melihat dengan lebih dekat rumah ini, anda boleh bermalam di sini kerana ia sebenarnya merupakan sebuahrumah penginapan jenis homestay. Anda boleh membuat tempahan dengan mengklik di sini.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: