Ahad, 29 November 2015

Bagaimana Membuat Rumah Agar Aurat Keluarga Terjaga? [7 Gambar]

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Bagaimana Membuat Rumah Agar Aurat Keluarga Terjaga? [7 Gambar]:



Bagaimana Membuat Rumah Agar Aurat Keluarga Terjaga? [7 Gambar]











                          

                          


                           


                           



Soalan:

Assalaamu’alaikum wrwb

Pak Andan di dakwatuna.com, saya ingin mengubahsuai rumah lama kami. Denah awal kami lampirkan di email. Dengan keadaan 3 bilik tidur di bawah dan 1 gudang + cuci jemur di atas.

Rencananya kami ingin ada 2 bilik tidur di tingkat dasar. 2 bilik tidur di tingkat atas. Carport kereta yang selama ini terpisah ingin kami satukan. Lalu kami ingin membuat privacy yang baik bagi keluarga. Hingga jika tamu berkunjung ke rumah, aurat keluarga tidak nampak.

Lalu kami juga ingin membuat dapur yang lega dan lapang. Sehingga ruang makan dan ruang keluarga yang selama ini sempit menjadi nampak luas.

Demikian pertanyaan kami. Terima kasih atas perhatian Pak Andan. Semoga dakwatuna dapat tetap istiqamah memberikan jawapan-jawapan yang bermanfaat.

Wassalaamu’alaikum wrwb

Patria-Ciputat

Jawapan:

Wa’alaikum salam wrwb

Pak Patria di Ciputat, terima kasih atas aksesnya kepada kami. Semoga silaturahim ini dapat diteruskan. Hingga kelak rumah yang dibina dapat terlaksana sesuai dengan keinginan dan sesuai pula dengan kaidah seni bina yang baik.

Netters dakwatuna sekalian, Carport rumah Pak Patria yang terbelah 2 saya satukan di sisi kiri bangunan. Kerana dapur ada di kawasan ini. Sehingga pola service areanya tidak berubah. Langsung tegak lurus dan tidak saling silang yang membuat boros peredaran.

Pintu dapur saya buat dari samping. Hingga jika pintu dibuka aurat tidak nampak langsung dari muka jalan atau rumah jiran depan. Pola ini juga menjadikan pintu utama masuk ke dalam rumah menjadi tegas. Kerana pintu dapur menjadi tersamar.

Aurat keluarga dapat juga dijaga dengan membuat teres tamu. Bahagian muka rumah yang biasa disebut teres sering kita abaikan. Padahal jika dibuat lega dan selesa, bilik ini boleh menjadi teras tetamu. Biasa kita sebut juga dengan istilah beranda.

Konsep ini sebenarnya menghilangkan ruang tamu. Karena tamu cukup diterima di rumah sahaja. Atau teres tamu. Namun jika masih ingin tetap membuat ruang tamu, maka kita boleh membuat ia kecil sahaja. Dengan sekatan sekatan ke ruang makan dan keluarga. Sehingga masing-masing kawasan mempunyai privacynya sendiri-sendiri.

Netters sekalian, tembok lama bilik tidur di sisi kiri saya bongkar. Sehingga kesan ruang keluarga dan ruang makan menjadi lapang dan lega. Kawasan ini menjadi hall besar yang cukup menampung orang ramai jika sedang ada hajatan.

Pola ini juga membuat saya mudah meletakkan tangga ke tingkat 2. Kawasan samping bilik mandi yang agak membelok saya manfaatkan untuk meletakkan tangga. Sehingga peredaran menjadi mudah dan tidak makan tempat.

Untuk tingkat 2 saya dapat memanfaatkan bangunan lama yang ada. Gudang saya ubah menjadi ruang tidur. Lalu ruang cuci jemur saya jadikan ruang duduk hingga mempunyai lompang ke bawah. Pola ini menjadikan peletakan tangga hemat, kerana tinggal disambung ke tuang dak konkrit lama.

Bangunan baru di atas hanyalah bilik tidur yang ada di belakang, lalu ruang cuci jemur dan bilik mandi yang tepat berada di atas bilik mandi bawah.

Alhamdulillah, selesai sudah reka bentuk kita kali ini. Semoga dapat bermanfaat bagi kita semua. Semoga Pak Patria diberi kelapangan harta yang berkat, sehingga rumah idaman ini dapat segera terwujud.

Akhirul kalam,

Wassalaamu’alaikum wrwb

Andan Nadriasta, ST (Dakwatuna)
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: