Jumaat, 27 November 2015

Cuti - Cuti Malaysia....Tip Menarik Jika Ingin Menginap Di Hotel Bajet.

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tip Menginap Hotel Bajet

Sering kali hotel bajet kedengaran seperti penginapan untuk melakukan aktiviti tidak sihat. Namun, tidak semua hotel bajet ditubuhkan untuk melakukan perkara seperti maksiat atau jenayah. Masih ada hotel bajet yang memberi perkhidmatan yang baik, selesa dan sesuai dengan bajet pengunjung.

Tolak tepi persepsi hotel bajet yang sering memberi pandangan kurang baik. Pengunjung sendiri boleh menilai hotel mana yang sesuai dan boleh dipercayai kerana yang penting pemilihan hotel penginapan itu mestilah bijak, teratur supaya percutian lebih berpuas hati.

Tidak semestinya hotel bajet tidak menjanjikan keselesaan lebih-lebih lagi buat anda yang memang mencari penginapan yang sesuai dengan bajet. Menerusi entri kali ini, kami paparkan beberapa tip memilih hotel bajet yang boleh dipercayai, selamat, selesa, mempunyai kemudahan lengkap dan sebagainya.

Siapa kata laman web seperti www.agoda.com hanya menyediakan senarai hotel-hotel mewah? 
Setakat ini, laman ini ada menyediakan senarai hotel bajet yang jauh lebih murah dan dipercayai. Biasanya, laman web ini memaparkan spesifikasi saiz bilik, gambaran dalaman dan luaran bilik serta beberapa ringkasan hotel lain yang disenaraikan.

Perhatikan lokasi hotel bajet tersebut. Pastikan hotel bajet yang dipilih tidak terletak di kawasan sunyi dan jauh dari deretan kedai. Adalah lebih baik memilih hotel bajet yang dekat dengan kedai serbaguna 24 jam seperti 7E, Speedmart dan sebagainya untuk memudahkan anda membeli barang keperluan. 

Dekat dengan kedai makan juga lebih bagus dan lebih mudah untuk anda mengisi perut sekiranya lapar tiba-tiba.

Semestinya perkhidmatan wifi adalah perlu untuk kemudahan anda melayari Internet sepanjang masa. Biarpun anda mempunyai data Internet sendiri, lebih baik gunakan wifi kerana lebih laju dan percuma!

Sebaiknya, rajinkan diri mencari reviu tentang hotel bajet yang bakal anda singgah. Apa yang paling penting adalah saiz keluasan bilik, harga yang berbaloi, kemudahan lain dan sebagainya. 
Anda juga boleh mendapatkan ringkasan ini menerusi pengalaman rakan-rakan yang pernah menetap di hotel bajet tersebut atau membaca penerangan di Internet.

Mengapa memilih hotel bajet? 
Kebanyakan pelancong lebih memilih hotel bajet kerana kebanyakan masa dihabiskan dengan aktiviti luar. Sudah tentu hotel bajet adalah hanya tempat singgah untuk anda berehat sebelum sambung memulakan percutian. Selamat mencari hotel bajet!
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: