loading...
Loading...
Nak Cantik?Tirulah Gaya Pelik Orang Jepun Ini
Macam unik pula cerita kali ini, tetapi inilah yang berlaku di Jepun. Mungkin terlalu kreatif, sehinggakan seluar kecil juga dijadikan aksesori sehingga menarik perhatian ramai.
Baru-baru ini ada produk baru yang disebut 'pantsu shushu' yang bererti 'ikat rambut seluar dalam'. Fesyen ini dicipta oleh dua orang designer bernama Hiroka dan Pochi yang kononnya mahu menghasilkan aksesori yang lebih berbeza, unik dan tampak cantik apabila dipakai.
Masyarakat Jepun mula mengatakan tentang 'pantsu shushu' sejak setahun yang lalu. Kebanyakan lelaki menjadi pelik dan tertanya-tanya sama ada adakah wanita menggunakan seluar dalam sebagai pengikat rambut. Ini kerana jika dilihat bentuk dan fabrik yang digunakan, memang jelas seperti sejenis seluar dalam! Siap ada renda dan riben, comel bukan?
Idea yang agak pelik ini terbukti berjaya apabila ramai wanita Jepun yang menggayakannya sebagai aksesori kepala. Ya, bentuknya sama dengan seluar dalam, hanya ukuran saja lebih kecil.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan