Selasa, 4 September 2018

Video : Wanita meraung selepas tonton filem Munafik 2

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Video : wanita meraung kena histeria selepas tengok filem Munafik 2 
| Selepas Hantu Mak Limah Filem Munafik 2 menjadi tumpuan rakyat Malaysia di katakan filem ini sangat memukau dan mempunyai jalan cerita yang sangat menarik disamping pengajaran-pengajaran kepada penonton

Sinopsis Munafik 2
Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat.

Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan.

Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.

Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. 

Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama.

Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.

Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam.

Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

WANITA DI DAKWA HISTERIA SELEPAS TONTON MUNAFIK 2
namun selepas filem tersebut dapat respon posisif orang ramai kedengaran pula seorang wanita dikatakan histeria selepas tonton Munafik 2.

Kejadian tersebut berlaku di Negeri Sembilan. Info yang dikongsikan oleh page VideoViral Malaysia mendapat jumlah komen dan share yang banyak antara petikan daripada page tersebut

NEGERI SEMBILAN.Katanya seorang wanita Histeria selepas menonton Filem Munafik 2. Video dirakam semasa mangsa dibawa ke Hospital Jempol. Bg yg lemah semangat tu baik fikir 2/3 kali dulu sblm gi nonton yer…


RESPON NETIZEN VIDEO WANITA HISTERIA SELEPAS TENGOK MUNAFIK 2
Hanisa Aini Its not about dia munafik ke tak .. ni disebabkan ayat yg diguna samsul yusof memang ayat utk meruqyah (kalau tak silap) haaa .. so if ada benda menumpang memang terkena mcm ni lh
Azrul Nordin Ayoi bawak spital buek apo…dukunn tu bawak an…tak pun boli an iphone….ilang antu eh kang…hahah…lomah semangat buek handal tgok cito antu pohal..tgok upin ipin dah lah

Indah Hazrila Dah bagitau kan..yg memang ad history of histeria jgn join tgk cite ni.. Hurmm..rs diri x kuat jg p layan cite ni..sbb dlm cite ni ad d baca ayat ruqyah
Mohd Hassanin Keno rasukk bowok g pitall… Sakit palo dc cocok ubt tido pom x degihhh.. Alaaaa valerrr nguhhhh
Syifa Mustafa tapi aku rasa bagus lah kalau depa ni kena macam ni sbb kita boleh tahu mungkin ada yang menumpang ngan depa . jadi akan ada orang yang tolong ubat kan supaya tak ganggu mangsa lagi. jangan la nak salah kan dia nak tengok wayang tu . ada baik nya kann . kesian kat dia ada benda menumpang kann . lebih baik ubat kan diaa .
John All Faizal NH Ne bukan masalah filem. Ne masalah diri sendiri. Mmg ada something dlm diri dia. Ada sesuatu dlm diri dia selama ini tapi dia tak tahu. Citer tu hanyalah rekaan tetapi ayat2 rukyah dalam tu benar, tipu daya syaitan adalah benar berlaku dan fitnah dajjal akan benar berlaku…

PANDANGAN PENULIS
peraya atau tidak terpulang kepada masing-masing biasanya kejadian Histeria berlaku disebabkan ayat-ayat ruqyah kemungkinan besar seseorang itu mempunyai saka. Jadi jika anda mempunyai Saka kemungkinan juga ia boleh berlaku kepada anda

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: