loading...
Loading...
Surat cinta Puteri Diana kepada Dodi 21 tahun lalu dedah rahsia besar sebelum kematiannya
SURAT cinta rahsia antara Puteri Diana dan Dodi Fayed menunjukkan bahawa wanita itu sempat bertemu kebahagiaan sebelum kematiannya dalam satu kemalangan yang tragis.
Diana berusia 36 tahun maut ketika menaiki kereta Mercedes bersama Dodi dan pemandunya, Henri Paul pada 31 Ogos 1997.
Kehidupan peribadi Puteri Diana menyaksikan konfliknya dengan keluarga diraja selepas berpisah dengan Putera Charles pada 1996 dan dia dikatakan mengalami kemurungan yang teruk dan akhirnya mengalami bulimia.
-foto Getty
Tetapi, beberapa bulan menjelang kematiannya Diana nampaknya telah menemui kebahagiaan sejati dengan jutawan Dodi Fayed, anak kepada hartawan Harrods Mohammed Al Fayed.
Surat yang dihantar beberapa minggu sebelum kemalangan mendedahkan Diana bercakap tentang saat-saat yang digambarkan 'magis' yang dihabiskan dengan Dodi semasa percutian kapal layar di Sardinia dan Perancis.
Bapa Dodi, Mohammed Al Fayed menunjukkan salinan surat cinta yang dikirimkan kepada anaknya dalam satu sidang media di Harrods. -fotoAFP
Dalam surat pertama bertarikh 6 Ogos 1997, dia menulis: "Dodi yang dikasihi, terima kasih untuk enam hari yang paling 'magis' di ombak lautan.
"Ia adalah situasi yang amat menakjubkan, saya memuja semua itu dan setiap minit penuh dengan ketawa dan kebahagiaan dan kombinasi itu adalah satu layanan yang diambil serius.
Dia mengakhirinya dengan menulis: "Ini semua hadir dengan penuh rasa cinta di dunia ini dan seperti biasa, jutaan terima kasih yang tulus kerana membawa kegembiraan dalam kehidupan ini, dari Diana xx "
Dalam surat kedua pada bulan itu, Diana menghantar hadiah sepasang butang lengan baju milik bapanya.
Dia menulis: "Dodi yang dikasihi, set ini ini adalah hadiah terakhir yang saya terima daripada lelaki yang paling saya kasihi di dunia, bapa saya.
"Ia diberikan kepada kamu kerana saya tahu betapa gembiranya apabila mengetahui bahawa ia berada dalam tangan yang selamat dan istimewa.
"Sayang, dari Diana."
Pasangan itu maut hampir dua minggu kemudian.
Surat-surat itu dibacakan pada inkues kematian Diana pada tahun 2007.
Diana dan Dodi bertemu selepas bapa Dodi Mohamed menjemput puteri itu dan dua anaknya untuk menginap di villa mewahnya di St Tropez, di mana anaknya, Dodi, 42 tahun turut dijemput sebagai tetamu.
Sepanjang musim panas, Diana dirakamkan bebas bersantai dengan cinta baharunya.
Dia dirakam duduk di kapal layar dengan Dodi, menciumnya dan berpelukan di laut dan berjemur di bawah sinar matahari.
Gambar-gambar mereka sedang bercium, diambil oleh jurugambar Itali Mario Brenna dijual lebih dari £1 juta di seluruh dunia.
Diana, menurut kawan-kawannya tenang tentang publisiti mengenai hubungan baharunya. -MirrorUK
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan