loading...
Loading...
Puteri Diana masih lagi hidup, mungkin hanya alami lebam mata atau patah tangan jika...
SEBAGAI salah seorang ahli patologi terkenal di dunia, Dr Richard Shepherd telah memeriksa lebih 23,000 mayat.
Dan salah satu daripadanya adalah mayat Puteri Diana.
Dr Shepherd, 65, kini memeriksa semula mayat Puteri Diana untuk siasatan rasmi ke atas kematiannya dalam satu kemalangan kereta dekat Paris dua dekad lalu.
Puteri Diana, 36, dan kekasihnya, Dodi Fayed, 42, terbunuh dalam satu kemalangan dalam sebuah terowong di Paris pada Ogos 1997.
Selepas menjalankan autopsi kedua pada mayat Puteri Diana, Dr Shepherd ditanya pelbagai soalan pelik mengenai keadaan isteri kepada Putera Charles itu.
Segelintir pihak mempersoalkan sama ada dia sedang mengandung.
"Orang tanya, adakah dia cantik? Adakah dia sedang mengandung?
"Saya sentiasa memastikan agar saya tidak berkata apa-apa mengenainya.
Pemandu Puteri Diana, Henri Paul (kanan) dan pegawal peribadinya, Trevor Rees dirakam berada di bahagian hadapan kereta Mercedes manakala Puteri Diana dan Dodi di tempat duduk belakang.
"Patologi tidak ada bukti bahawa Puteri Diana hamil, tetapi segelintir wanita berkata mereka tahu bahawa mereka hamil dari saat konsepsi. Adakah dia salah seorang dari mereka?," soalnya.
Dr Shepherd mendakwa Puteri Diana juga boleh berada di sisi Putera Harry semasa majlis perkahwinannya dengan Meghan Markle pada Mei lalu jika dia memakai tali pinggang keselamatan.
Jika dia mengambil langkah tersebut, Dr Shepherd berkata ibu kepada dua anak itu mungkin terselamat dalam kemalangan ngeri di terowong Pont de l'Alma.
Malah katanya, Puteri Diana mungkin hanya mengalami lebam di mata ataupun patah tangan.
Pemandu kereta terbabit, Henri Paul turut maut dalam kemalangan negeri itu.
Hanya pengawal peribadi Puteri Diana, Trevor Rees yang terselamat.
Puteri Diana dan Dodi dilaporkan meninggal dunia disebabkan kecuaian pemandu mereka yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan