Isnin, 21 Mac 2016

Pas penerbangan tulis tangan: Rayani Air disiasat

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Pas penerbangan tulis tangan: Rayani Air disiasat

Kementerian Pengangkutan akan menyiasat syarikat penerbangan Rayani Air Sdn Bhd kerana mengeluarkan pas masuk penerbangan dengan hanya menggunakan tulisan tangan.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tindakan Rayani Air itu boleh mengundang ancaman keselamatan memandangkan ia tidak dapat dibaca oleh mesin pengimbas.
Menganggap syarikat berkenaan sepatutnya menyediakan pas masuk yang biasa, Liow berkata kementerian akan menyiasat mengapa mereka menggunakan dokumen begitu.
Malahan, zaman sekarang kemudahan pengimbas dengan kod pada telefon genggam juga mudah digunakan.
“Ia (amalan menggunakan pas bertulisan tangan) boleh menjadi ancaman keselamatan, kerana kita mungkin tidak boleh membaca tulisan tangan tersebut.
"Mereka harus mempunyai pas masuk yang betul,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Sebelum ini gambar pas masuk Rayani Air dengan tulisan tangan tersebar di Internet selepas ia dimuat naik penumpang syarikat berkenaan.
Mereka turut mempertikaikan tindakan Rayani Air menggunakan kaedah itu kerana menganggapnya "hanya berlaku di Malaysia."
Tak puas hati boleh mengadu
Sementara itu, Liow berkata sebelum ini kerajaan memberi amaran kepada Rayani Air kerana membatalkan penerbangan tanpa memaklumkan penumpang serta tidak menggantikan dengan pesawat yang lain.
Kata Liow, amaran itu diberikan selepas kementerian menerima aduan daripada penumpang.
“Kami mengambil semua serius semua aduan termasuk mengenai pembatalan penerbangan tanpa notis dan tidak menggantikannya dengan penerbangan lain.
“Kementerian memberi amaran bahawa mereka perlu mematuhi peraturan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA),” katanya.
Bulan lalu, lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi apabila penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang sepatutnya digunakan, mengalami masalah teknikal.
Kata Liow lagi, sekiranya mana-mana pelanggan tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan penerbangan, mereka boleh mengemukakan aduan kepada DCA.
Liow ketika ditanya mengenai Rayani Air mengalami kelewatan penerbangan hampir setiap hari berkata: " Ya, setiap penerbangan mempunyai KPI (petunjuk prestasi utama). Semua syarikat penerbangan perlu menepati sekurang-kurangnya 80 peratus daripada (jadual) ketibaan. Jika ia tidak mengikut masa yang ditetapkan, kementerian akan mengambil tindakan,” katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

2 ulasan:

Unknown berkata...

katanya malindo air pon pernah suatu ketika dlu begini. huhuu

http://ourlovebonding.com

kak tie berkata...

akak lum pernah lagi berurusan ngan malindo air