Selasa, 1 Mac 2016

"Tasik Biru" Bekas Kuari Di Pokok Sena Jadi Tarikan Pengunjung

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
"Tasik Biru" Bekas Kuari Di Pokok Sena Jadi Tarikan Pengunjung:

POKOK SENA - Kolam bekas kuari tanah di Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi, kini menjadi daya tarikan baharu pengunjung kerana airnya jernih dan kebiruan.

Penduduk, Abu Bakar Talib, 67, berkata, kolam itu mula menjadi tarikan orang ramai sejak beberapa tahun lalu apabila ada pihak viralkan di laman sosial Facebook hingga menyebabkan pengunjung dari luar turut datang untuk melihat sendiri keindahannya.

Menurutnya, pada asalnya kolam itu adalah bukit yang dikorek untuk kerja pembangunan dan selepas ditinggalkan ia menjadi tempat rekreasi dan kolam mandi.

“Setiap petang, ramai pengunjung dari luar datang berehat di sekitar kawasan itu kerana suasananya yang dikelilingi bukit setinggi 15 meter lebih segar dan menenangkan.

“Sebelum ini terdapat juga beberapa bekas kolam yang tinggalkan tetapi airnya tidak sejernih dan kebiruan seperti kolam ini,” katanya yang tinggal di Kampung Kelut di sini.



kolam%2Bps2.jpg

Lebih istimewa, Abu Bakar berkata, airnya tidak akan kering setiap kali musim kemarau, walaupun paras airnya susut namun ia hanya sementara waktu.

Malah, katanya, air kolam itu sangat sejuk menyebabkan ramai golongan muda mengambil kesempatan untuk mandi, terutamanya pada waktu musim cuti.

Seorang lagi penduduk dari kampung sama, Ramli Shariff, 46, pula berkata, keindahan kolam itu mampu menjadi tarikan baharu kepada orang ramai datang ke situ.

Jelasnya, ramai pengunjung datang ke situ setiap petang, namun ada juga pengunjung luar yang terpaksa pulang kerana tidak menemui lokasi kolam berkenaan.



kolam%2Bps1.jpg

“Jadi, saya cadangkan kepada pihak berkenaan supaya turun padang dan melawat kawasan tumpuan itu untuk dimajukan.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa juga perlu memantau sekitar kawasan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: