Isnin, 26 Februari 2018

Jutaan Tikus Serang Paris

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
(VIDEO) Geli! Paris Dibanjiri Enam Juta Ekor Tikus:





SEGALANYA bermula hujung tahun lalu apabila munculnya sebuah video yang dirakam di tebing Sungai Seine, antara Musee d’Orsay dan Jambatan Pont Royal di Paris, ibu negara Perancis.

Video yang pada mulanya disiarkan oleh Le Parisien, menunjukkan pengutip sampah menemui sekumpulan tikus berkeliaran di kawasan itu, telah tular ke seluruh dunia.

Malah, video itu mencetuskan kontroversi dan persoalan mengenai pembiakan tikus di Paris dan juga persekitaran kerja pengutip sampah yang sangat menyedihkan.

Menurut beberapa sumber, terdapat sejumlah empat ke enam juta tikus di ibu negara tersebut.

Namun, Pengerusi Perkhidmatan Kesihatan Persekitraran bandar itu, Georges Salines berkata, agak sukar sebenarnya untuk mengetahui jumlah sebenar tikus di kota romantik itu.

“Bilangan tikus berbeza mengikut jumlah makanan yang ada dan juga persekitaran kehidupan di sesebuah kawasan.

“Tikus adalah makhluk yang kompleks dari segi sosialnya. Ini kerana mereka boleh menstabilkan populasi mengikut sumber yang ada.

“Sebab itu saya rasa tak patut untuk kita berbicara mengenai pembiakan tikus di bandar ini. Walaupun ia banyak, populasinya adalah stabil,” katanya.





Bagaimanapun, kebimbangan orang ramai mengenai makhluk itu nampak ada benarnya.

Jumlah tikus di bandar itu semakin banyak dan merisaukan.

Malah, tikus juga kelihatan berkeliaran di kawasan pelancongan seperti Notre Dame Cathedral, membuat pelancong tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Tebing Sungai Seine yang dilimpahi air kerana hujan lebat selama beberapa minggu memburukkan lagi keadaan itu.

Menurut kajian yang dijalankan Inra, VetAgro Sip dan Institut Pasteur, makhluk itu kini secara genetiknya menjadi kebal terhadap racun yang digunakan untuk mengawal mereka.

“Sepatutnya pihak perbandaran menghapuskan tikus dari mana-mana tapak pembinaan sebelum sebarang kerja dimulakan.

“Ia adalah cara yang betul untuk mengelakkan mereka berpindah ke tempat lain pula,” ujarnya lagi.

Dia turut menyarankan agar restoran membersihkan premis mereka setiap malam setelah tamat operasi, bukannya pada keesokan hari. – Gulf News


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: