loading...
Loading...
Cara Melengkapi Rumah Baru
Alla Berdnikova berkongsi idea dan langkah penting dalam melengkapkan tata rias kediaman baru anda. Bermula dengan memikirkan keperluan, kemudian mendapatkan rujukan dan abadikan sisi personaliti tersendiri.
Memandangkan kebanyakan daripada kita agak berkira-kira dalam mengeluarkan bajet untuk pereka dalaman, terdapat kaedah alternatif yang lebih menjimatkan dan berkesan dalam menghias kediaman anda. Jika kini anda dalam proses memperindahkan kediaman baru, berikut adalah tip penting yang akan membantu anda dalam membuat pilihan terbaik untuk jenis item dekorasi dan susun atur.
1. Hias berdasarkan bagaimana anda mahu untuk menghabiskan masa anda
Ramai sering memperuntukkan ruang di rumah dan memilih perabot berdasarkan sesuatu yang memiliki nilai estetik tanpa berfikir untuk jangka waktu yang panjang. Cara terbaik untuk menyusun atur kediaman anda adalah dengan memikirkan bagaimana anda ingin menghabiskan sebahagian besar masa anda dan mewujudkan ruang ideal untuk menjalankan aktiviti.
Sebagai contoh, jika anda suka menghabiskan masa dengan membaca buku, idea yang baik adalah dengan meletakkan kerusi selesa pada satu sudut dengan cahaya matahari semula jadi. Jika anda seorang yang suka menerima tetamu dan menjamu mereka makan pula, anda mungkin memerlukan lebih ruang di ruang tamu dan ruang makan.
2. Sediakan moodboard dan palet warna untuk membantu anda menghias
Terdapat banyak idea yang boleh anda luahkan dalam menghias kediaman. Mungkin hal tersebut akan membuatkan anda keliru dan akan terdorong dalam pilihan yang salah. Cara terbaik adalah dengan memilih beberapa gaya yang anda suka dan dapatkan inspirasi daripadanya untuk diterjemahkan kepada rumah sendiri.
Sentiasa ingat bahawa dalam menata rias kediaman, tiada yang betul ataupun salah kerana anda bebas dalam melontarkan karakter diri anda dalam dekorasi ruang privasi. Jadi mulakan dengan mengenal pasti gaya pilihan anda, kemudian padankan dengan gabungan warna bersesuaian dan perabot serta item dekorasi yang diminati.
3. Peribadikan kediaman dengan apa yang digantung di dinding
Anda boleh cuba melakukan sedikit kraf di rumah untuk perhiasan dinding. Hanya dengan sedikit peralatan dengan bajet yang kecil, anda akan dapat hasil yang memuaskan hati dan memiliki nilai sentimental tersendiri buat anda.
Contohnya, anda boleh mereka bingkai gambar sendiri ataupun lukisan kreatif pada kanvas dan gantungkan di dinding. Pastinya anda bakal mendapat pujian daripada tetamu yang berkunjung ke rumah kelak.
Tip oleh Alla Berdnikova, Pengurus Produk di Carousell
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan