Selasa, 9 Mei 2017

Apa Menariknya Tentang Bhutan?

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Apa Menariknya Tentang Busan?

Bhutan merupakan salah satu negara yang paling jarang dilawati. – Foto CNN
THIMPHU - BHUTAN. Terletak jauh di Himalaya di antara India dan China, Kerajaan Bhutan merupakan salah satu negara yang paling jarang dilawati di rantau ini lapor CNN.

Pada 2016, jumlah pelancong ke negara ini hanyalah 209,570 orang  iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun 2015.

Antara sebab utama negara ini jarang dilawati adalah kerana kesukaran untuk tiba di lokasi apatah lagi Bhutan hanya mempunyai satu lapangan terbang sahaja.
Lapanganterbang Paro,Bhutan


Dianggarkan hanya beberapa juruterbang di dunia ini mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat melalui gunung-ganang di sana.

Disebabkan itulah, mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke Bhutan akan merasa bagai diberi ganjaran yang tidak ternilai ditambah dan disajikan keindahan semula jadi yang tidak pernah diterokai oleh manusia lain.

Bagaimanapun, Kerajaan Bhutan mempunyai polisi iaitu pelancongan mewah di mana para pelancong perlu membayar sekurang-kurangnya $200 (RM867.50) seorang untuk tempoh sehari berada di negara itu.

Namun begitu, kos tersebut boleh digunakan dari segi penginapan, kos transit, pemandu pelancong, makanan dan lain-lain.

Selain itu, terdapat program dijalankan untuk melindungi keindahan semula jadi kawasan yang turut dikenali sebagai ‘The Land of The Thunder Dragon’  kerana ribut petir mereka yang ganas itu.

Sementara itu, landskap di Bhutan menawarkan landskap yang begitu mengasyikkan, tradisi purba dan pemandangan yang berbeza di beberapa kawasan, memberikan pengalaman yang memuaskan buat para pelancong.

sumber:Sinar
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: