Khamis, 25 Mei 2017

Akhirnya Dapat Juga Ke Maldives.Ini Budget Kami Bawa Untuk 4 Hari 3 Malam

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Akhirnya Dapat Juga Ke Maldives.Ini Budget Kami Bawa Untuk 4 Hari 3 Malam
Jika sebelum ni kami selalu kongsi itineray orang kita yang dah pergi bercuti ke Maldives. Tengok gambar diorang share tu..

Ya ampun, semuanya cantik belaka! Dari dulu plan nak pergi ke sana tapi apakan daya sibuk kerja, duit pun cukup-cukup makan je.

Tapi baru-baru ni bagaikan rezeki jatuh dari langit bila AirAsia dengan baik hatinya membawa OHBULAN! untuk rasai sendiri pengalaman bercuti di Maldives. 

Bila dengar Maldives je mesti terbayangkan resort atas air, naik seaplane ke hotel dan macam-macam lagi.

 Haa.. Kali ni kami nak kongsikan berapa sebenarnya budget trip kami dan beberapa sisi lain di kepulauan Maldives yang ramai tak tahu.

Akhirnya dapat pergi Maldives!


OHBULAN! bersama team SAYS


Sebelum bercerita percutian di Maldives, kami pergi bersama 7 lagi rakan media. Kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 6.55pm. Untuk pengetahuan anda, durasi perjalanan dari Malaysia ke Maldives hanya mengambil masa selama 3 jam 45 minit. Memang takde transit, anda naik AirAsia terus direct sampai ke sana.


Perbezaan masa di Maldives adalah 3 jam awal dari Malaysia. Jadi, kami sampai di Velana Airport pada pukul 8.10pm (11.10pm waktu Malaysia). 

Pada anda yang memang tak boleh hidup tanpa internet, anda boleh beli SIM card terus di airport. Kami cadangkan anda untuk gunakan line DHIRAGUU, kerana mereka tawarkan data yang banyak serta harga yang berpatutan. Lihat di bawah;
  • 3GB data- Untuk 7 hari, USD15/RM65 (+USD1 untuk tax)
  • 15GB data- Untuk 7 hari, USD20/RM86 (+USD2 untuk tax)

Matawang yang digunakan Maldives adalah USD dan Maldivian Rufiyaa. Kami sarankan anda untuk tukar duit semuanya di Malaysia supaya anda tidak kelam kabut bila berada di Maldives nanti.


Hotel budget Dream Relax di Hulhumale, Maldives


Baiklah, selepas dah beli SIM card semua, kami terus ke hotel budget di Hulhumale. Jarak ke Hulhumale dari airport hanya ambil masa kira-kira 10 minit sahaja. 

Nama tempat yang kami bermalam tu adalah Dream Relax Hotel. Sampai sahaja kami terus order makan sebab perut masa tu dah berkeroncong tahan lapar dari airport lagi.


Foto bilik di Dream Relax hotel, walaupun hotel budget tapi selesa. Not bad kan?

*Jadi untuk hari pertama, ini budget yang kami guna:
Check in Dream Relax Hotel (1 Malam)- RM270 (USD 60)
Makan malam di hotel- RM22.50 (USD 5)

Hari ke-2, let’s go!


Lepas puas tidur, kami bangun untuk sarapan pagi. Tapi untuk pengetahuan anda, cuaca di Maldives memang panas dan bahang. Anda mungkin ingin bawa banyak baju sebab badan anda akan bermandi peluh. 

Baiklah, lepas sarapan pagi kami terus ke airport semula untuk menaiki bot ke destinasi yang ingin kami tujui.


Ini adalah budget trip.. Kami bukan duduk di hotel private island atau naik seaplane bagai. Jadi kami dah fikir macam-macam.. 

Bagaimana kah tempat yang kami akan tidur selama 2 malam itu nanti. Cuma, apa yang sakit sikit semasa menaiki boat adalah perjalanan untuk ke destinasi kami ialah selama 1 jam. Kalau yang mabuk laut tu.. Bersiap sedia lah ye. Hehe..



Pemandangan di Rasdhoo Island. Cantik!

Lepas tidur-tidur ayam (tak boleh tidur lena dalam boat sebab panas dan bumpy) akhirnya kami sampai ke pulau bernama Rasdhoo Island. 

Turun sahaja dari boat, ada dua orang wakil dari Shallow Lagoon Rasdhoo (Firaag) dan Holiday Garden Rasdhoo (Ilyas) datang jemput dan bawa kami ke tempat penginapan.


Hari pertama di Rasdhoo Island, kami check-in di Holiday Garden Rasdhoo


Untuk pengetahuan anda, dalam Kepulauan Rasdhoo sahaja ada dalam 25 guesthouse. Wahh banyaknya! Tapi masa kami sampai tu tak ramai pelancong.. Sebab kata penduduk di sana, pulau tu akan ramai orang pada bulan September hingga Disember.


Bilik besar, luas, tilam yang empuk dan lebih selesa di Holiday Garden Rasdhoo

Lepas mandi dan letak bagasi semua, kami ke Picnic Island untuk makan tengah hari di sana. Selesai sahaja makan, kami terus ke Sandbank. 

Sandbank hanya terletak bersebelahan dengan Picnic Island. Bila sampai sahaja di Sandbank, alangkah terkejutnya kami melihat kecantikan air laut di situ. Bagi kami, itulah pemandangan paling cantik kami pernah nampak selama ni. Tak terungkap dengan kata-kata!


Lunch sambil nikmati view di Picnic Island

Tapi kami kurang bernasib baik sebab sampai sahaja disana, hujan mula turun dengan lebat. Tapi disebabkan rasa excited yang melampau, kami terus masuk ke dalam laut. Akhirnya mimpi jadi kenyataan! Mandi sambil menikmati pemandangan serta air laut yang sangat jernih dan kebiru-biruan.


Berendam di Sandbank. Masa ni tengah hujan tapi tak kisah la. Hentam je!


                                

Anda nampak tak lining pasir antara dua air laut tu? Tu merupakan magis di Sandbank

Aktiviti kami pada hari tu ialah swimming by the beach, snorkelling dan lepak tengok sunset. Bagi yang kaki instagram tu, Sandbank adalah tempatnya. Boleh katakan kami luangkan masa selama 2 jam juga untuk tangkap gambar selfie dan view sunset di sana.

Chillin, lepak dengan geng-geng baru

                                  

Hujan dah reda. Ini rupa Sandbank kalau tak hujan. Cantik kan?


Selepas luangkan dalam 3 jam di sana, hari makin gelap dan kami terpaksa balik. Tapi serious talk, bila anda sampai di Sandbank, anda rasa macam taknak balik. Tapi apakan daya.. Kami sampai ke tempat penginapan kami (Rasdhoo Island) kira-kira pukul 8pm. Lepas rehat dan mandi, kami makan malam di Shallow Lagoon Rasdhoo.

                             

Sunset di Sandbank


                                

Malam tu, kami disajikan dengan pasta, maggie goreng serta ikan tuna. Memang layan! Ikan tuna merupakan makanan wajib untuk masyarakat di sana. Lepas dinner, Firaag dan rakan-rakan bawa kami jalan-jalan tepi pantai untuk lihat bintang dan bulan penuh. Memang rasa tenang dan relax.. Hilang semua rasa stress di Malaysia.. Huhu.


*Habis untuk hari ke-2.. Ini amaun budget yang kami guna;

Speedboat ke Rasdhoo Island- RM180 (USD 40)
Sampai di Rasdhoo Island, Check-in di Holiday Garden Rasdhoo- RM 315 (USD 70)
Makan tengah hari di Picnic Island- RM45 (USD 10)
Boat untuk ke Sandbank & Aktiviti di sana (Swimming, snorkelling, tengok sunset)- RM 67.50 (USD 15)
Makan malam di guesthouse- RM67.50 (USD 15)

Tinggal satu hari lagi nak nikmati keindahan Maldives


Hari ke-3 kami explore seluruh Rasdhoo Island dan mengenali secara dekat dengan masyarakat di sana. Walaupun duduk di tengah pulau, di dalam tu ada sekolah, klinik, balai polis, kedai runcit, kelas diving, kedai mamak (YES kedai mamak pun ada!) dan lain-lain lagi.

Pusat pembelajaran di Rasdhoo Island

ATM pun ada tau!

Masjid kat sini pun moden dan besar
Penduduk di sana juga sangat mesra dan sambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Wajah mereka tak lokek dengan senyuman.
Oh ya, sebelum terlupa pada hari ke-2 di sana, kami check-in di Rasdhoo Shallow Lagoon pula. Meh kami belanja sikit foto bilik kat guesthouse ni. Besar beb!

Hari ke-2 di sini kami check-in di Shallow Lagoon Rasdhoo pula

Bilik di Shallow Lagoon Rasdhoo

Balkoni boleh buat port lepak dan ada open shower. Awesome!
Lepas penat berjalan, kami bersiap untuk pergi snorkelling pula. Kata Firaag, kali ni snorkelling lagi layan sebab akan jumpa ikan yang berwarna-warni serta boleh snorkelling penyu dengan lebih dekat. Pada hari tu, kira-kira 4 lokasi juga kami snorkelling. Memang best!




Keseronokan tak terhenti di situ sahaja, selesai snorkelling kami pergi ke Sundeck untuk sesi tangkap gambar dan menikmati pemandangan yang cantik di Rasdhoo Island. Selain lepak di Sundeck, anda juga boleh berenang di kawasan berdekatan.

Sundeck di Bikini Beach

Jam dah menunjukkan 5pm, aktiviti seterusnya ialah Dolphin Watching dimana anda akan dibawa di tengah laut dan lihat aksi lincah dolphin. Tapi nasib tak menyebelahi kami bila pada waktu itu hujan turun dengan sangat lebat. Jadi hajat kami untuk tengok dolphin tak tercapai.

Misi nak tengok dolphin tak tercapai  

Pada sebelah malam pula, kami dinner seperti biasa dan selepas itu kami disajikan dengan persembahan dari kumpulan tarian dan nyanyian Maldives. Malam itu kami dijemput menari sekali dengan mereka. Penat tapi seronok! Dalam keseronokan itu, kami mula perasan bahawa itu merupakan malam terakhir kami di Rasdhoo Island.

*Untuk hari ke-3, ini budget yang kami guna;

Check-in Shallow Lagoon Rasdhoo (Malam ke-2 kami bermalam di sini)– RM 315 (USD 70)
Snorkelling safari– RM189 (USD 42)
Makan tengah hari di guesthouse– RM45 (USD 10)
Dolphin watching dan sunset cruise– RM247.50 (USD 55)
Makan malam di guesthouse– RM67.50 (USD 15)

Hari terkahir di Maldives.. Sedihnya


Pejam celik akhirnya sudah masuk 4 hari kami di Maldives. Cepat betul masa berlalu.. Rasa berat hati nak tinggal orang-orang kat sana yang kami dah anggap bagai sahabat. Seperti biasa, kami diberi sarapan pagi dan selepas itu kami diberi peluang kali terakhir untuk berenang dan snorkelling di Bikini Beach.



Semua foto diatas ni adalah di Bikini Beach. Sangat cantik

Dah puas swim, kami balik bilik dan bersiap untuk naik boat ke Velana Airport. Saat kami meninggalkan Rasdhoo Island, rasa sebak pula sebab tinggalkan orang-orang di pulau tersebut.

Flight kami balik ke KL pukul 9.30pm (12.30am). Tapi sebelum pulang, kami diberi peluang oleh All H Maldives. untuk melawat bagaimana Seaplan beroperasi serta explore apa yang menarik di Hulhumale. Untuk info tambahan, Hulhumale merupakan bandar terdekat dengan Velana Airport. Apa yang bestnya di sini, anda boleh lihat perkembangan membangun di sana.

Jika anda ingin datang ke Hulhumale, anda akan nampak banyak apartment yang berwarna-warni. Boleh katakan banyak kawasan perumahan rumahnya berwarna

Taman di sini pun sangat bersih dan tenang. Anda tengok lah pokok bunga dalam foto tu.

Makan malam di Restoran Citron, bersebelahan dengan laut di bandar Male. Kata salah seorang staff All H Maldives, kalau bernasib baik, kita akan nampak dolphin buat ‘free show’.

Selepas itu, kami naik Feri untuk ke bandar Male untuk makan malam di restoran CITRON bersama staff All H Maldives. Pukul 8.10pm kami bertolak dari Male dan terus ke Velana Airport. Selamat tinggal Maldives!

*Hari terakhir di Maldives, kami keluarkan bajet sebanyak;

Makan tengah hari di guesthouse– RM45 (USD 10)
Speedboat ke bandar Male– RM180 (USD 40)
Makan malam di bandar Male– RM90 (USD 20)

Penduduk Maldives penuh adab & pandai berbahasa Inggeris


Pekerja di Shallow Lagoon Rasdhoo (kiri) dan Holiday Garden Rasdhoo (kanan) sangat peramah dan kelakar

Haa, ini info yang kami ingin kongsikan pada anda. Rasanya belum pernah lagi orang lain kongsikan.. Penduduk di Maldives sangat baik dan friendly. Diorang cepat mesra dengan tetamu dan pandai membuatkan orang selesa dengan mereka.


Firag Ahmed merupakan Marketing & Operation Manager di Shallow Lagoon Rasdhoo. Karakter yang sangat cool, relax dan suka membantu pelancong yang datang

Mereka boleh berbahasa inggeris dengan baik. Jadi memang tiada masalah untuk berborak dengan mereka. Mereka akan sering bertanya ‘Are you good?’

Sebaik sahaja keluar dari Velana Airport, anda akan nampak..


Kami sampai di Velana Airport pada waktu malam, esoknya bila kami datang balik alangkah terkejutnya kami bila airport terletak di tengah pulau. Air laut kat situ je dah memang cantik betul. Bila keluar je dari airport, korang dah boleh start tangkap gambar dah.



Foto penuh airport di Maldives

Maldives merupakan negara Islam



2 foto diatas ni adalah masjid di Hulhumale. Konsep masjid di sini lain dari yang lain. Di dalam Hulhumale sahaja ada lebih kurang 3 hingga 4 buah masjid.

Ada yang tahu dan mungkin juga tidak.. Maldives merupakan negara Islam. Jadi tiada masalah untuk anda cari makan, cari masjid atau surau untuk beribadah.

Semua kami dah beritahu, tapi berapa harga tiket nak ke Maldives?


Anda pasti tertanya-tanya berapa harga tiket untuk ke Maldives kan. Anda boleh dapatkan tiket dengan harga RM599 semasa off peak. Untuk pengetahuan anda juga, AirAsia ialah satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan anda terus dari Kuala Lumpur ke Maldives dengan penerbangan 1x sehari pada Airbus320 dengan kapasiti 180 pax setiap perjalanan.

Terima kasih AirAsia kerana sudi bawa OHBULAN! untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di Maldives! 

Terima kasih juga kepada Maldives Getaways kerana menguruskan tempat penginapan yang sangat selesa di Rasdhoo Island (Rasdhoo Shallow Lagoon dan Holiday Garden Rasdhoo). Semestinya pengalaman yang mungkin tidak akan kami lupakan buat selamanya.

sumber:OHBULAN
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: