Khamis, 15 Disember 2016

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) Untuk Penjawat Awam

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) Untuk Penjawat Awam

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya.
Suasana kesejahteraan yang diwujudkan dapat meningkatkan kualiti percutian sekali gus akan memberi kepuasan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan tersebut.
Percutian memberikan kerehatan minda, rohani dan jasmani yang diperlukan oleh penjawat awam setelah bertungkus-lumus bekerja. Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.
Masa pendaftaran masuk dan keluar (tetamu) adalah seperti berikut:
Pendaftaran Masuk:-
2.00 – 5.00 petang (Isnin – Khamis)
2.45 – 5.00 petang (Jumaat)
2.00 – 5.00 petang (Sabtu – Ahad)
Pendaftaran Keluar:-
12.00 tengah hari (Isnin – Ahad)
** Kunci boleh dimasukkan ke dalam Peti yang telah disediakan.
Untuk makluman anda, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) kini lebih mudah dengan adanya SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah.
Dalam post ini ammboi akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara untuk mohon Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara online menerusi SBBPH.
1 – Sila kunjungi laman web SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah. Anda dikehendaki mendaftar untuk menggunakan sistem tempahan online ini. Pendaftaran mudah dan senang sahaja apabila selesai, satu email pengesahan yang mengandungi kata laluan (password) sementara akan dihantar kepada anda.
2 – Kemudian barulah anda boleh LOGIN ke laman SBBPH dengan menggunakan myID dan kata laluan sementara yang diberikan. Paparan dashboard seperti dibawah akan muncul.
3 – Peringatan – Sila tukar kata laluan anda apabila berjaya LOGIN. Pengguna kali pertama akan diminta memasukkan nombor akaun bank untuk memudahkan urusan pemulangan wang sekiranya tempahan dibatalkan.
4 – Pilih tab RPP Premier/ Eksekutif dan kini anda boleh membuat tempahan online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang ada disediakan iaitu:
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Bukit Fraser
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Cameron Highlands
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Morib
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Port Dickson
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Langkawi – Federal Villa
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Pinang
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Tasik Kenyir
5 – Kemudian, anda dikehendaki memasukkan tarikh untuk semakan kekosongan RRP. Sekiranya tiada kekosongan, anda akan dikehendaki memasukkan tarikh baru. Jika ada kekosongan, paparan seperti dibawah akan muncul. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan sekali lagi tarikh masuk dan keluar sebagaimana yang dikehendaki.
6 – Langkah seterusnya adalah untuk tempahan. Klik TEMPAH SEKARANG dan paparan mengenai peraturan berkaitan dengan RRP akan muncul. Ia termasuklah bayaran deposit RM50 untuk kelengkapan yang disediakan.
7 – Setelah anda bersetuju dengan semua peraturan yang diberikan, barulah anda akan dibawa masuk ke bahagian pembayaran. Untuk makluman anda, anda dikehendaki membuat pembayaran penuh untuk mengesahkan tempahan. Pembayaran boleh dilakukan melalui pindahan wang online (FPX), Cash Deposit Machine (CDM) dan juga kad kredit. Anda boleh menyemak tempahan anda apabila pengesahan bayaran telah dibuat sebagaimana contoh paparan dibawah (sudah berjaya mohon).
Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan online Rumah Persekutuan ini hanya dibuka 3 kali setahun berdasarkan jadual diatas. Semoga info yang ammboi kongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: