Khamis, 21 April 2016

Haram Melawat Masjidil Aqsa Pada Waktu Sekarang

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Haram Melawat Masjidil Aqsa: SOAL JAWAB | HUKUM PAKEJ PELANCONGAN MELAWAT MASJID AL-AQSA PADA WAKTU SEKARANG





1382181_621474287935324_270356254_n.jpg

assalamualaikum, apakah hukum pakej perjalanan ke masjid al-aqsa dan baitul maqdis? saya dengar ada ulamak kata hukumnya haram kerana masjid al-aqsa sekarang berada dalam kawalan Israel, tapi kelihatan banyak orang kita buat bisnes ziarah masjid al-aqsa. saya keliru. terima kasih.


Jawapan:

Hukum melawat Masjid al-Aqsa dan bisnes perniagaan melawatnya pada waktu sekarang adalah HARAM kerana perlu mengambil visa oleh Israel. Perincian adalah seperti di bawah:

ِِ

Kita semua sedia maklum hukum asal ziarah ke masjid al-Aqsa adalah amat dituntut oleh Syariah Islam. Bahkan dalam Islam, kita hanya dituntut secara 'rasmi' untuk melawat hanya tiga masjid. Dalam Sahih al-Bukhari, terdapat hadis Rasulullah bermaksud: "Tidak dituntut untuk bersungguh-sungguh menziarahinya, kecuali untuk tiga masjid: Masjid al-Haram, Masjidku (masjid Nabi di Madinah), dan masjid al-Aqsa". Bahkan terdapat hadis-hadis lain yang menyatakan kelebihan sembahyang di Masjid al-Aqsa menyamai 500 kali ganda pahala, ada juga hadis menyatakan 1000 kali ganda pahala daripada solat di tempat lain. Dapat difahami bahawa ziarah ke masjid al-Aqsa adalah sunat hukumnya. Itu hukum asalnya.


Namun pada zaman sekarang, masjid al-Aqsa berada dalam Zionis Israel. Dengan kata lain, untuk melawat ke masjid al-Aqsa, seseorang itu perlu memohon VISA dan membayar VISA kepada Israel, sebelum dilayan dengan layanan yang baik kepada pelawatnya, yang mana layanan itu tidak diperoleh oleh rakyat palestin sendiri!


Justeru, ramai sarjana moden, termasuk Jawatankuasa Fatwa Universiti Islam Gaza, Persatuan Ulama' Palestn, Sheikh Jad al-Haq Ali, Dr Yusuf al-Qaradawi Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Imam Masjid al-Aqsa dan ramai lagi sarjana moden dunia dan tempatan Palestin telah menganggap hukum melawat melawat Quds dan Masjid al-Aqsa adalah HARAM selagi masih dalam jajahan Israel. Antara hujah yang dikemukakan ialah:

- Memohon VISA daripada Israel ibarat seseorang itu mengiktiraf bahawa Israel adalah tuan tanah kepada masjid al-Aqsa, dan mengiktiraf penjajahan mereka.

- Selain VISA, pelawat juga perlu membayar cukai-cukai kepada Israeil, dan semua ini adalah demi kemaslahatan Israel, hasilnya mereka gunakan untuk menjajah rakyat dan membunuh rakyat Palestin.

- Walaupun atas nama 'ziarah ibadah' hukumnya cuma SUNAT, kalau sekadar untuk mendapat fadilat Sunat, solat di Masjidil Haram lagi besarpahalanya, bahkan membantu Israel adalah jelas haramnya. Antara HARAM dan SUNAT, mana lebih utama?

- Masyarakat Islam di Palestin berjuang bertarung nyawa untuk menunaikan solat di Masjid al-Aqsa, sedangkan orang luar, dilayan baik sekali, ini membuktikan ada agenda lain daripada Yahudi Zionis.

- Jika seseorang itu kata, kita melawat masjid Aqsa tiada niat iktiraf Israel pun. Jika tiada niat, mengapa perlu mohon VISA daripada Israel? Niat yang baik tidak menghalalkan cara.

- Melawat al-Aqsa pada waktu dijajah Israel tidak menjaga perasaan rakyat Palestin yang dibunuh semata-mata mempertahankan masjid itu, sedangkan umat Islam lain cuma pergi untuk mendapat pahala sunat semata-mata.


Selain itu, langkah bagus kerajaan Malaysia ialah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, sebab itu passport Malaysia boleh digunakan di semua negara kecuali Israel. Dengan ada larangan di passport pun Israel masih benarkan umat Islam Malaysia melawat masjid al-Aqsa. Ini jelas menunjukkan Israel tidak kisah rakyat dunia, terutama Malaysia melawat al-Aqsa kerana ini menguntungkan mereka. Lebih melucukan apabila ada antara kita yang kempen boikot McDonald dan Starbuck, tapi pada masa yang sama anjurkan program melawat Masjid al-Aqsa dengan membayar visa dan cukai secara terus ke tangan zionis, memohon dengan zionis untuk masuk ke Quds, jelas-jelas membantu Israel. 100% bayaran cukai dan visa masuk ke kantung Israel! Ibadah apa jenis ini?!


Justeru, bagi admin hukum melawat masjid al-Aqsa buat masa ini adalah HARAM selagi mana kita perlu memohon VISA daripada Israel, sedangkan rakyat Palestin sendiri berperang bertarung nyawa mempertahankan Masjid al-Aqsa demi ISLAM. Oleh itu, hukum bisnes pelancongan ke al-Aqsa juga adalah haram, dan ibarat membantu Israel secara langsung. Bahkan umat Islam di Malaysia wajar MEMBOIKOT bisnes pelancongan ke masjid al-Aqsa, termasuk memboikot paket Umrah yang ditawarkan oleh syarikat itu.


Walau bagaimanapun, hukum ini tertakluk juga kepada pertimbangan ijtihad baik dan buruk. Jika seseorang pengkaji isu al-Aqsa ingin memasuki al-Quds, tetapi terpaksa memasukinya dengan cara VISA, di sini kita anggapkan situasi darurat kerana kepentingan kajiannya itu lebih penting untuk umat Islam. Begitu juga jika ingin membawa masuk bantuan yang besar beratus ribu atau jutaan ringgit ke sana, tetapi tiada cara lain untuk membawa masuk bantuan kecuali dengan menggunakan visa Israel, maka kita anggap ini situasi pengecualian.


Wallahu A'lam.



1907581_621474327935320_1515333182_n.jpg

Perincian:

http://www.saaid.net/mktarat/flasteen/302.htm

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php…

Yusuf al-Qaradawi, al-Fatawa al-Mu'asirah.


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: