Ahad, 13 Disember 2015

KETAHUI CIRI PENTING DALAM MEMBENTUK CONTAINER GARDEN

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
KETAHUI CIRI PENTING DALAM MEMBENTUK CONTAINER GARDEN
Ketahui Ciri Penting Dalam Membentuk Container Garden
Oleh: Wan Erni Liza md Izatzi
Container garden sememangnya menjadi pilihan sama ada kepada pemilik yang tinggal di kediaman bertingkat mahupun kediaman biasa seperti teres atau semi-detached.  Ia merupakan satu cara yang sangat efektif untuk anda yang inginkan sebuah taman atau laman yang menarik pandangan dan yang paling penting menyelesakan perasaan. Ini kerana container garden mampu memberi nilai tambah daripada aspek warna, nilai estetika dan sentuhan lebih hidup pada kediaman.

1.Jenis Tanaman
  DO'SDON'TS
Jangan membeli tumbuhan yang layu atau kelihatan tidak sihat. Ia bukan sahaja merugikan anda, malah mencacatkan container garden anda dan juga membuang masa.Jangan membeli tumbuhan yang layu atau kelihatan tidak sihat. Ia bukan sahaja merugikan anda, malah mencacatkan container garden anda dan juga membuang masa.


2.Tanah
DO'SDON'TS
Penggunaan jumlah yang sederhana daripada tanah di kawasan laman disyorkan bagi membentuk campuran tanah yang seimbang untuk container garden. Ambil bahagian tanah yang digali beberapa inci ke dalam tanah supaya anda memperoleh tanah yang bersih dan bebas daripada campuran bendasing seperti biji benih, serangga, sisa binaan dan sebagainya yang lazimnya terdapat di permukaan tanah.Usah bergantung pada tanah di laman anda semata-mata. Ini kerana ia tidak disyorkan untuk sebuah container garden yang merimbun dan sihat. Hal ini didorong faktor tanah di taman memiliki tekstur dan kondisi tanah yang kurang berkualiti untuk pasu. Ia sukar mengalirkan air dengan baik dan tidak mempunyai sistem pengudaraan yang sempurna. Malah, tanah tersebut mungkin memiliki kulat spora atau biji benih yang boleh tumbuh dalam pasu anda nanti.
 




3.Lokasi
DO'SDON'TS
Lokasi di mana anda menempatkan tanaman berpasu sangat penting kerana ia mempengaruhi pengamatan atau pancaran cahaya matahari, sama ada mencukupi atau sebaliknya. Sentiasa peka, bagi tumbuhan full sun haruslah mendapat bekalan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Manakala, tumbuhan full shade memerlukan kurang tiga jam pancaran cahaya dalam masa sehari.Elakkan menempatkan container garden di lokasi tertutup seperti garaj atau belakang tembok dan sebagainya. Ini kerana selain menyebabkan kurangnya mendapat pancaran matahari, suhu yang lebih rendah boleh membunuh tanaman tersebut secara perlahan-lahan. Di samping itu, elakkan menempatkan container garden berhampiran dengan sumber kipas atau penyaman udara. Ia boleh mengakibatkan tumbuhan mengalami situasi kekeringan atau kontang seterusnya membantutkan pertumbuhan. 
 



4.Pemilihan Pasu
DO'SDON'TS
Sentiasa pastikan pasu anda memiliki lubang di dasar pasu bagi tujuan pengairan air yang baik. Tahukah anda bahawa terdapat banyak pasu yang tiada lubang di dasarnya kerana ia lazimnya dijadikan pasu hiasan atau dekoratif. Ramai yang terlepas pandang kerana pasu dekoratif ini bukan bagi tujuan penanaman dan tidak praktikal dijadikan pasu bagi container garden anda bagi jangka masa yang panjang. Lubang pengairan ini adalah satu kemestian!
 
Jangan tersalah pilih saiz pasu kerana ia begitu mempengaruhi pertumbuhan tanaman yang sihat. Banyak kesilapan seperti menanam tumbuhan dalam pasu yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kegagalan container garden anda secara umumnya. Pasu yang dipilih haruslah memiliki ruang mencukupi untuk media dan pertumbuhan akar.
 



5.Penyiraman
DO'SDON'TS
Periksa pasu atau bekas tanaman anda setiap hari bagi melihat keperluan air. Ini kerana jika tanaman anda kekurangan bekalan air, ia boleh membantutkan pertumbuhan container garden. Ia berbeza dengan tanaman yang tumbuh di permukaan tanah, akar bagi tanaman container garden tidak mampu menembusi ke dalam tanah bagi mencari sumber air. Di samping itu, pastikan adanya ruang satu hingga dua inci di permukaan atas bekas tanaman dengan tanah. Ini bagi memastikan apabila penyiraman dilakukan, air siraman tidak terkeluar daripada bekas tanaman dan akhirnya hanya permukaan atas tanah sahaja yang basah dan lembap.Elakkan tanaman container garden daripada kekurangan air. Tumbuhan yang ditempatkan dalam bekas atau pasu kecil lebih kerap memerlukan penyiraman. Ini kerana ia tidak memiliki tanah yang banyak untuk menampung air dan kelembapan berpanjangan. Dalam masa yang sama jangan biarkan tanaman anda mengalami situasi over-water iaitu air yang disiram tidak keluar daripada bekas tanaman. Inilah sebabnya mengapa pasu atau bekas tanaman yang berlubang di dasarnya sangat diperlukan. Situasi ini akan mengundang kekuningan pada daun dan batang pokok mudah dijangkiti bakteria serta penyakit. Jika ini berlaku, alihkan tanaman ke lokasi yang mendapat pancaran matahari secara terus.
 

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: