Isnin, 1 Oktober 2018

Jurugambar dakwa Putera Harry banyak berubah sejak berkahwin dengan Meghan

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Jurugambar dakwa Putera Harry banyak berubah sejak berkahwin dengan Meghan

MENJALIN hubungan serius boleh mengubah personaliti seorang, menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Arthur Edwards yang menjadi jurugambar keluarga diraja Britain selama lebih 40 tahun melihat Putera Harry membesar, daripada seorang budak lelaki, melalui zaman remaja sehingga bergelar seorang lelaki dewasa.

Jurugambar diraja itu mendakwa dia melihat perubahan pada Putera Harry sejak kebelakangan ini, terutama selepas berkahwin dengan Meghan Markle pada Mei lalu.
Dia menyifatkan Putera Harry banyak berubah, dengan bersikap lebih menyendiri, tetapi menjadi melindungi Meghan.

"Beliau sentiasa mempunyai hubungan baik dengan media. Beliau sebelum ini sentiasa terlibat dalam beberapa cara, tetapi tidak lagi sekarang," kata Arthur kepada The Royal Box.

"Beliau agak berubah ya, maksud saya beliau masih Harry dan masih disenangi serta menjadi ahli keluarga diraja yang paling popular."

Jurugambar itu berkata, Putera Harry merupakan seorang yang begitu pelindung terhadap isterinya, sambil menambah bahawa pasangan itu sering berpegangan tangan.

Dia tertanya-tanya sama ada Putera Harry kini menjadi seorang individu yang lebih serius atau mengambil peranan lebih besar dalam keluarga diraja.

Bagaimanapun katanya, bila tiba masanya, Putera Harry akan menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar. - Mirror Online UK

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: