loading...
Loading...
AirAsia, AirAsia X Tawar Promosi 3 Hari:
AirAsia dan AirAsia X menawarkan kempen promosi selama tiga hari, “#AirAsiaDanceToFly”, ke semua destinasi, yang menawarkan kadar tambang dari serendah RM499 untuk satu hala termasuk semua.
Ia termasuk cukai dan fi.
Dalam kenyataan, AirAsia X berkata, promosi itu sah bagi tempahan mulai Jumaat hingga 2 April dan bagi perjalanan mulai hari ini hingga 30 September.
Katanya, kempen tersebut susulan daripada krew kabin AirAsia X, Assraf Nasir, yang meraih populariti dalam talian selepas videonya menari di dalam pesawat A330 yang kosong tersebar di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif, Benyamin Ismail berharap semua penumpang merebut tambang rendah yang ditawarkan untuk melakukan perjalanan dengan krew AirAsia X yang menyeronokkan.
“Dunia telah menikmati video beliau yang menarik itu dan kini giliran anda untuk menunjukkan langkah anda,” katanya.
Sempena promosi tersebut, AirAsia X menawarkan hadiah bagi penyertaan video paling kreatif meniru gerak tarian Assraf yang terbaik, dengan dua tiket penerbangan pergi balik percuma ke Honolulu, Hawaii, melalui peraduan media sosial dari 3-9 April.
Katanya, pemenang akan menerima dua tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, tidak termasuk cukai, fi dan perkhidmatan pilihan.
Bagi menyertainya, orang ramai perlu menghasilkan video tarian tanpa audio selama 15 saat, memuat naiknya ke Instagram dengan hashtag #AirAsiaDanceToFlyMY sebelum 11.59 malam pada 9 April, dengan kapsyen menyatakan sebab mereka patut menang.
Nama pemenang akan diumumkan di saluran media sosial rasmi AirAsia. – Bernama

0 ulasan:
Catat Ulasan