loading...
Loading...
Luasnya Lautan Garam Di Salar de Uyuni
BOLIVIA merupakan sebuah negara yang terletak di tengah benua Amerika Selatan.
Ia memiliki pelbagai bentuk muka bumi termasuk pergunungan Andes, gurun Atacama dan lembangan hutan Amazon.
Ia memiliki pelbagai bentuk muka bumi termasuk pergunungan Andes, gurun Atacama dan lembangan hutan Amazon.
Namun, sebuah lokasi yang melonjakkan nama Bolivia di peta dunia terutamanya dalam kalangan penggemar fotografi dan pengembara ialah dataran garam yang digelar Salar de Uyuni.
Salar de Uyuni merupakan dataran garam terbesar di dunia. Ia wujud di beberapa kawasan tasik air masin dan air tawar yang terbentuk di kawasan dataran tinggi pergunungan Andes dengan tiada sebarang laluan air keluar dari kawasan tersebut.
Sejarah geologikal Salar de Uyuni sangat berkait rapat dengan kewujudan beberapa buah tasik di pergunungan itu. Ia merupakan tasik terbesar yang terdapat di situ.
Keluasannya menjangkau kira-kira 10,582 kilometer persegi dan terletak pada ketinggian 3,656 meter dari paras laut.
Kawasan gugusan tasik di situ pula dianggar berusia antara 30,000 hingga 40,000 tahun lalu. Ia merupakan sebahagian tasik prasejarah iaitu Tasik Minchin.
Usia gugusan tasik itu dibuat berdasarkan pertarihan radiokarbon daripada sedimen cangkerang dan karangan yang dilaporkan dalam beberapa kajian terdahulu.
Dataran
Apa yang menarik ialah, permukaan tasik itu akan dilitupi oleh beberapa meter garam yang membentuk dataran sangat luas dengan sebahagian besarnya hanya kelihatan putih sejauh mata memandang.
Garam yang terbentuk di permukaan tasik itu dikesan begitu kaya dengan mineral sodium, potasium, lithium dan magnesium dengan lithium yang terdapat di tasik berkenaan terdiri daripada kira-kira 50 hingga 70 peratus simpanan lithium dunia.
Salar de Uyuni juga dianggarkan mengandungi kira-kira
10 bilion tan garam dengan 25,000 tan mineral itu diambil setiap tahun untuk diproses.
Kawasan dataran yang luas dengan warna yang memutih itu juga membolehkan ia dilihat dengan jelas menerusi satelit pemantauan dunia terutama ketika waktu cuaca cerah.
Ada beberapa ketika dalam setahun, dataran garam itu akan dilitupi oleh air tasik. Apabila ini berlaku, ia akan menghasilkan pemandangan yang sangat unik menyerupai cermin gergasi yang terbentang di atasnya.
Fenomena yang terjadi itu pasti akan memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Selain menjadi lokasi tumpuan pengembara dari serata dunia, Salar de Uyuni juga merupakan laluan kenderaan menyeberangi Altiplanio Bolivia dan menjadi tempat persinggahan beberapa spesies burung bangau mencari makanan.
-Agensiloading...
0 ulasan:
Catat Ulasan