Khamis, 27 Oktober 2016

Hotel Tristle Tawar Bilik Percuma Untuk Pesakit HSA

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
JOHOR BAHRU – Hotel Thistle menjadi hotel pertama di negeri ini menawarkan secara percuma 80 bilik pelbagai jenis kepada pesakit Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terjejas akibat kebakaran Selasa lalu.


Pengurus Besarnya, Rashid Gallyot berkata tawaran itu bagaimanapun dibuka kepada pesakit yang tidak kritikal keadaannya, dengan tiada tempoh had ditetapkan.

“Kita telah menawarkan inisatif ini sejak hari pertama insiden dan ia merangkumi bilik jenis apartmen, deluxe, superior dan suite.

“Kita telah memaklumkannya kepada pihak hospital namun tiada pesakit yang menggunakan kemudahan setakat ini,” katanya selepas membawa pemberita meninjau keadaan bilik hotel yang disediakan, di sini hari ini.

Rashid berkata pihaknya gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pesakit yang memerlukan dan yakin mereka akan memanfaatkannya.

“Mereka boleh berhubung dengan HSA jika mahu menggunakan kemudahan kerana pihak HSA sentiasa merujuk kepada Jabatan Perhubungan Awam kami,” katanya.

Selain itu, hotel berkenaan turut menyediakan 1,500 pek bekalan makanan dan 800 botol minuman kepada mangsa dan kakitangan hospital yang terjejas sejak hari pertama kejadian.

“Cuma hari ini sahaja kami tidak membekalkan bantuan itu (makanan dan minuman) kerana tiada permintaan daripada hospital. Namun, kami sentiasa dalam keadaan bersiap siaga,” katanya.

Kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA dua hari lepas mengorbankan seramai enam pesakit di wad berkenaan manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.

Insiden itu juga menyebabkan tiga petugas HSA, iaitu masing-masing dua jururawat dan seorang pelajar fisioterapi cedera. – BERNAMA
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: