Selasa, 24 Mei 2016

Cantiknya Nadiah Lukis

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Cantiknya Nadiah Lukis

NADIAH tak jemu mengasah bakat melukis potret wajah dalam iPad.

Melukis di atas kertas sudah biasa kita lihat, namun melukis menggunakan jari di iPad menerusi satu aplikasi khas sangat jarang untuk kita lihat di mana-mana. Jangan kata melukis, menulis satu huruf menggunakan jari pun boleh comot jika tidak biasa berkarya menggunakan iPad.
Siti Nadiah Amir Mahfut (Nadiah), 19, gadis yang mempunyai kebolehan berkarya menggunakan jari di iPad. Berbakat dalam bidang lukisan sejak tingkatan satu membolehkan Nadiah menghasilkan pelbagai jenis lukisan seperti potret, doodle dan apa saja yang berkait dengan seni.
“Saya tahu saya boleh melukis ketika di tingkatan satu. Apabila punya masa terluang di dalam kelas, saya akan melakar dan melukis mata, hidung dan bibir di dalam buku sehingga menjadi sebuah potret.
“Tetapi ketika di tingkatan empat barulah saya mula melukis menggunakan jari di iPad menerusi aplikasi Art Studio. Ketika itu saya melukis mata tetapi tak cantik sangat sebab saya masih tidak tahu fungsi aplikasi berkenaan. Kemudian saya memuat naik lukisan mata itu di Instagram (@nadysdrawn).
“Seorang pengikut Instagram saya berminat untuk membeli lukisan itu dan meminta saya melukis potret wajahnya juga. Sejak itu saya mula menerima tempahan dengan harga RM10 untuk satu wajah,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.
Menurut anak kelahiran Perak ini lagi, dia mengambil masa lebih kurang setahun untuk mahir melukis menggunakan iPad. Walaupun sedikit kekok kerana minat Nadiah tidak berputus asa dan sentiasa belajar teknik terbaru untuk menghasilkan lukisan yang cantik.
“Disebabkan saya melukis setiap hari, dalam masa sehari saya boleh siapkan satu wajah kartun yang diminta pelanggan. Kini saya mahir melukis potret wajah dan potret keluarga. Bukan itu saja, saya juga mengambil tempahan iklan produk yang mahu dikartunkan dengan harga RM30,” kata penuntut Diploma Pengajian Perniagaan Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak ini.
Penulis sendiri sangat kagum melihat lebih 100 hasil lukisan Nadiah di Instagram miliknya. Tanpa cacat cela, potret wajah artis terkenal seperti Nora Danish dan Elfira Loy sangat comel dan cantik dalam versi kartun.
Meskipun hanya berniaga secara atas talian, Nadiah boleh mendapat keuntungan RM500 sebulan dan RM1,000 pada musim cuti semester.
Katanya, keuntungan itu digunakan untuk menampung perbelanjaannya di kolej dan keperluan peribadi.
“Keluarga sangat menyokong minat saya ini dan selepas tamat pengajian nanti, saya memang bercadang untuk memulakan perniagaan yang berkaitan dengan seni. Saya mahu mengembangkan lagi bakat semula jadi kurniaan Allah untuk saya dan tidak mahu sia-siakannya,” katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: