loading...
Loading...
Jangan sibuk, kata wanita PPR selepas tular gambar ‘kemewahan’
GEORGE TOWN: Seorang penduduk pangsapuri kos rendah Taman Manggis membidas pengguna media sosial yang mempersoalkan penerbangan kelas perniagaan ke Sri Lanka yang dinaikinya, ketika langkah kerajaan mengusir penghuni yang tidak layak terus menjadi kontroversi.
Khalidah Nazir Ahmad, 63, berkata kelas penerbangannya dinaiktaraf ke kelas perniagaan selepas adik lelakinya memindahkan mata perbatuan (flying miles) kepadanya.
Pemandu pelancong bebas itu berkata orang ramai “jangan menyibuk” kerana dia sedang berdepan dengan masalah pengusiran.
“Ia masalah peribadi saya, mereka sebar dalam talian. Mereka sebar pembohongan mengenai saya.
“Dalam Islam, kalau mereka tidak minta maaf daripada saya, mereka kena jawab kepada Allah apabila mereka mati,” katanya.
Pengguna media sosial mempersoalkan taraf hidup Khalidah selepas ternampak gambar tiket kelas perniagaan penerbangan Malaysia Airlines ke Sri Lanka 5 tahun lepas.
Gambar rumahnya yang terhias juga tular di Facebook.
Pemeriksaan mendapati penerbangan kelas perniagaan boleh mencecah sekurang-kurangnya RM3,500.
Khalidah berkata dia tinggal di rumah PPR itu selama 13 tahun dan kerajaan menempatkan dia di unit itu.
Dia mendakwa tidak tahu rumah PPR tersebut untuk orang miskin masa beliau masuk ke rumah tersebut.
“Tak ada siapa tanya apakah saya miskin ketika mereka beri rumah ini kepada saya. Saya bayar sewa sehingga sekarang,” katanya.
Khalidah antara 7 keluarga yang menunjuk perasaan di Komtar membantah pengusiran mereka.
Mereka dikeluarkan pada Rabu selepas lanjutan 1 minggu diberikan dalam cubaan sebelum ini.
Mereka dikeluarkan kerana lama tidak membayar tunggakan sewa, berpendapatan melebihi takat yang dibenarkan untuk unit PPR, atau mempunyai suami atau isteri warga asing.
Unit-unit pangsapuri PPR, yang disewakan pada RM124 sebulan, ditawarkan kepada golongan berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah.
Kerajaan Pulau Pinang berkata ia pernah memberikan notis 6 bulan kepada penduduk terkesan.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan