Jumaat, 3 Mac 2017

Lelaki AS Dakwa Dirinya Raja England

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Lelaki AS Dakwa Dirinya Raja England

COLORADO 2 Mac - Seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) telah menyiarkan satu iklan besar dalam akhbar The Times mendakwa dia adalah Raja England yang sah dan akan menuntut takhta, negara dan aset miliknya di negara itu dalam tempoh 30 hari.

Allan V. Evans dari Wheat Ridge di sini, mendakwa dia keturunan diraja Wales dari abad ketiga dan juga keturunan Cunedda Wledig iaitu pengasas kerajaan Wales.

Melalui iklan itu, Evans me­nya­takan ‘Allan V. Evans...adalah anak sulung lelaki daripada susur galur yang tidak putus sejak abad ketiga apabila Cunedda mengahwini Puteri Powys yang merupakan asal usul Cilman Droed Ddu, pengasas keempat Keturunan Diraja Wales iaitu Raja Wales dan Raja Isle of Man’.


“Maka saya memberi notis undang-undang kepada semua kaum keluarga, penduduk Wa­les, Scotland, Manx dan Bri­tain dan semua yang berkenaan bahawa dalam tempoh 30 hari, saya, Allan V. Evans akan me­nuntut tanah diraja yang me­rangkumi 17 kawasan bersejarah,” ujarnya yang dipetik oleh portal Dailymail.

Walaupun menyatakan akan menuntut ‘Gelaran Diraja dan Takhta Wales’ dalam tempoh sebulan namun Evans memberi jaminan kepada warga Britain bahawa dia akan menuntut takhta itu selepas Ratu Elizabeth II sudah tiada.

Lelaki itu menegaskan tidak akan menyingkirkan Ratu Elizabeth daripada takhta atas alasan ‘amat menghormati’ baginda.

Pada perenggan akhir iklan itu, Evans menyatakan akan ‘menggalakkan kebebasan dan kesamarataan’ selain berikrar untuk menjadikan Great Britain ‘kembali hebat’.

Dalam pada itu, tindakan E­vans menuntut hak keturu­nan­nya bukanlah kali pertama kerana sebelum ini, menurut portal 13WMAZS, lelaki berke­naan pernah menuntut 161.8 hektar tanah di daerah Twiggs, Georgia pada 2012 namun ditolak oleh peguam.

Dia mendakwa, seramai 35 pemilik tanah di kawasan itu menduduki tanah nenek mo­yangnya namun dia gagal mengemukakan bukti untuk menyokong tun­tutan pemilikan itu.

Lelaki itu sebaliknya men­dakwa kebakaran yang memusnahkan mahkamah di daerah itu seperti dilapor­kan akhbar Macon Telegraph pada 1901 telah memusnahkan bukti pemilikannya terhadap tanah terbabit.

sumber:Dailymail.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: