Khamis, 7 September 2017

Siti Saerah Tidak Lagi Bertudung

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Siti Saerah Tidak Lagi Bertudung

Saerah bersama kekasihnya.Mohd Sharidan

PENYANYI Siti Saerah yang juga adik kepada bintang kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza menjelaskan kekeliruan peminat mengenai imejnya yang kini tidak bertudung.
Saerah, 34, berkata dia tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan bekas suami, Saiful Anuar Ahmad Shafie kira-kira dua tahun lalu.
"Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada banyak kekurangan. Lagi pun, saya tidak mahu tipu diri sendiri. Pada mulanya keluarga bertanyakan mengenai keputusan saya ini.


"Dalam masa sama, Kak Siti juga bertanya sama ada saya masih bertudung atau tidak. Ini kerana terlalu banyak yang bertanya dan keliru. Jadi saya berterus-terang sahaja," katanya kepada Harian Metro.
Saerah berkata, Siti tidak menyalahkan dirinya berikutan keputusan itu.
"Saya yang pilih jalan ini, jadi saya sedia terima segala kritikan dan komen orang. Dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sesiapa.
"Apa pun saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri," katanya.
Hasil perkongsian hidup dengan Anuar, Saerah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.
Dalam perkembangan lain, Saerah mengakui sedang menjalin hubungan dengan kenalan lama iaitu Mohd Sharidan, 30, sejak setahun lalu.
Saerah turut mendedahkan bakal membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian.
“Saya baru sahaja selesai merakamkan single berjudul Hanya Restu ciptaan Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya,€ katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: