Isnin, 18 September 2017

Putera William Dedah Kerenah Charlotte

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Putera William Dedah Kerenah Charlotte

PUTERA William telah membuat satu pendedahan mengejutkan tentang anak perempuannya, Puteri Charlotte.

Pendedahan mengenai puteri comel berusia dua tahun itu dibuat oleh Duke of Cambridge ketika melawat Hospital Aintree University di Liverpool.

Ketika berbual dengan Pagan Tordengrav, seorang pesakit berusia 55 tahun, William mendedahkan bahawa dia berpandangan anak perempuannya itu akan 'bermasalah' ketika membesar.

Dia berkata: "Saya rasa akan jadi masalah apabila dia semakin membesar.
"Semua bapa akan berkata begitu."


Kenyataannya itu mungkin mengejutkan sesetengah orang, terutama buat mereka yang suka melihat kecomelan dan telatah Charlotte dalam gambar dan menganggapnya sebagai anak yang baik.

William kemudian bercakap mengenai hari pertama Putera George di sekolah, sambil menyatakan bahawa ia lebih kepada pengalaman untuk ibu dan bapa yang beremosi, berbanding anak-anak mereka.

"Kebanyakan ibu bapa akan menangis sedangkan kanak-kanak itu baik-baik saja," katanya.
Bekas juruterbang ambulans udara itu juga mendedahkan bahawa puteri kecilnya itu 'bahagia di dunianya sendiri' sementara abangnya sedikit nakal.

Putera William dan Kate Middleton mengumumkan bahawa mereka bakal menerima bayi ketiga minggu lalu. -dailystar

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: