Ahad, 17 September 2017

Pekerja: Suspek beli minyak petrol sebelum ke Pusat Tahfiz

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Pekerja: Suspek beli minyak petrol sebelum ke Pusat Tahfiz

Dua daripada tujuh suspek yang menyebabkan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dipercayai telah membeli minyak petrol di sebuah stesen minyak berdekatan Jalan Datuk Keramat awal pagi kelmarin.

Seorang Jurujual stesen minyak berkenaan, John Mazuar, 21, berkata, kedua-dua remaja lelaki tersebut tiba di stesen minyak itu pukul 2.20 pagi dengan membonceng sebuah motosikal.

“Saya lihat mereka menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dan mengisi minyak di dalam tangki motosikal mereka.

“Ketika itu saya seorang diri di kaunter pembayaran kerana seorang lagi rakan setugas telah pulang ke rumah pada pukul 1 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut John, kedua-dua remaja tersebut tidak menggunakan botol kosong bagi mengisi minyak sebaliknya mengisi di dalam tangki motosikal sahaja.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: