Isnin, 11 September 2017

Luahan penuh emosi dan bermakna daripada cucunda Sultan Kedah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Luahan penuh emosi dan bermakna daripada cucunda Sultan Kedah

“Tok dah buat yang terbaik” Antara respon Almarhum Sultan Kedah pada cucunya, Sarina Iskandar.
Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit, Kedah hari ini sekitar jam 2:30 petang.
Berita kemangkatan Almarhum menjadi bualan ramai orang di media sosial terutamanya rakyat negeri Kedah yang rata-rata berduka atas pemergian sultan yang disayangi rakyat itu.
Tidak terlepas peluang, cucu kepada almarhum Sultan Abdul Halim iaitu Sarina Iskandar juga memberi kata-kata terakhir dan menceritakan kisah disebalik ketenangan yang dilihat pada almarhum.
Sarina menceritakan kisah tentang almarhum yang ramai tidak tahu, antaranya bagaimana almarhum sanggup ketepikan waktu makannya untuk berlatih membuat ucapan di pejabatnya.
Almarhum juga didakwa banyak menyembunyikan masalah kesihatannya dari diketahui umum tatkala menyandang jawatan sultan dan juga Agong. Dedikasi yang ditunjukkan almarhum terhadap tugasnya membuat Sarina sendiri kagum.
Ada kalanya juga, ketika sakit dan di tahan wad tidak dijadikan alasan untuk almarhum menghadiri majlis-majlis penting. Sarina menceritakan bagaimana dia melihat almarhum yang sedang berada di wad, pergi bertemu perdana menteri dan berjabat tangan di majlis rasmi kemudian kembali ke wad dan disambungkan dengan tiub-tiub ke badannya.

Sarina mengatakan kisah ini dikongsi buat semua orang diluar sana bagi menepis dakwaan seorang sultan yang dikatakan hidupnya senang-lenang sedangkan tugas yang ada itu membuatkan mereka tidak mempunyai hidup yang normal.
Almarhum juga tidak mudah melatah dengan tuduhan dan tohmahan terhadap dirinya dengan memberikan respon “Tok dah buat yang terbaik” apabila ditunjukkan oleh cucunya itu.
Alfatihah.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: