Khamis, 14 September 2017

Luahan Ibu Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Terselit Seribu Satu Kisah Sedih Yang Ramai Orang Tak Tahu

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Luahan Ibu Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Terselit Seribu Satu Kisah Sedih Yang Ramai Orang Tak Tahu

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah menjadi berita tergempar di laman media sosial hari ini, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi.

Apa yang cukup menyayat hati, ada dua atau tiga pelajar tahfiz yang kami minta supaya terjun. Tapi, yang terjun semua melecur. Jadi yang mana tolong tak dapat bantu banyak kerana api marak.

Malah ada yang menangis, menjerit, kepanasan, meminta. Allahurabii… hanya Allah yang tahu.

Ini pula beberapa perkongsian emosi daripada keluarga mangsa sendiri:


“Ya allah… Mama baru kehilangan abah, kali ni mama kehilangan Fahmie dalam hidup Mama.” – Puteri Noridayu

Terbaru ibu arwah Fahmie memuat naikkan statusnya di facebook: “Mama tak dapat nak bayangkan ya Allah…”

Manakala ibu kepada arwah Mohd Zattullah Roslan juga meluahkan rasa redha dengan apa yang terjadi dan menceritakan apa yang naluri seorang ibu alami sebelum kejadian.

“Saya redha dia dah pergi” itulah luahan Kamizan Yusof,48, ibu kepada Mohd Zattullah Roslan, 11, yang merupakan salah seorang dari mangsa yang maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.

Ibu mangsa yang tergerak hati untuk membaca surah Nuh semalam dan tidak menyangka ada kaitan dengan kejadian yang menimpa anak lelaki tunggalnya hari ini.


“Saya tidak pernah menolak apa-apa yang dia mahu dan Mohd Zattullah merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik..”

Kamizan berkata, dia mengetahui mengenai kajadian itu kira-kira jam 7 pagi tadi selepas dihubungi rakannya, Zubaidah Majid, 54, yang menetap berhampiran pusat tahfiz berkenaan.

“Sepanjang perjalanan, saya berdoa agar Mohd Zattullah selamat tetapi apabila tiba di sini, saya dimaklumkan dia maut dalam kebakaran.


“Kali terakhir berjumpa arwah Ahad lalu, untuk memenuhi permintaan makanan kesukaan arwah dan barang keperluannya,katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: